Rafizi mengadu ‘Muffin’ dah dua hari tak balik rumah

Rafizi mengadu ‘Muffin’ dah dua hari tak balik rumah

Seekor kucing peliharaan milik keluarga Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke kediaman mereka di Presint 10 Putrajaya di sini sejak dua hari lalu.

Rafizi menerusi hantaran di Facebook merayu kepada penduduk di sekitar lokasi kediaman beliau supaya menghubunginya sekiranya ternampak haiwan peliharaannya itu yang diberi nama Muffin.



“Kepada penduduk sekitar Presint 10 Putrajaya, kalau ada ternampak kucing oren putih ini, mohon hubungi saya.

“Dah dua hari Muffin tak balik rumah, dia tak pernah keluar rumah dan dia dah pandai panjat keluar,” katanya.

Rafizi berkata kucing peliharaannya itu dikatakan mudah mesra dan tidak takut jika ada orang yang tidak dikenali mendekatinya.

“Dia (Muffin) terlebih mesra dengan sesiapa (walaupun dia tak kenal),” katanya.



Menerusi satu hantaran itu, juga Rafizi turut menyertakan satu rakaman video memaparkan telatah kucingnya itu. BH

Rafizi mengadu ‘Muffin’ dah dua hari tak balik rumah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal

Harith Iskandar buka mulut akhirnya



Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus

Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker