MP Pendang diarah keluar Dewan

MP Pendang diarah keluar Dewan

Ahli Parlimen Pendang daripada PAS Awang Hashim diarah keluar Dewan Rakyat dan digantung tiga hari selepas enggan menarik balik tuduhan RSN Rayer (PH-Jelutong) anti-Islam.

Arahan itu dikeluarkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Ramli Mohd Nor.



Terdahulu, Rayer meminta Ahli Parlimen pembangkang menarik balik kenyataan ‘enam jahanam’ terhadap bekas wakil rakyat Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Rayer berkata, perkataan itu turut digunakan Awang Khamis lalu dan ia disifatkan kesalahan merujuk Peraturan Mesyuarat 36(4), 36(6) dan 36(12).

Beliau merupakan (Ahli Parlimen) daripada PAS (dan) beragama Islam. Tidak baik menjahanamkan mereka, katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen PN itu mencelah dan mendakwa Rayer anti-Islam berikutan sebelum ini pernah membantah keputusan Kedah menutup sepenuhnya premis perjudian bermula 1 Jan 2023.



Awang juga enggan menarik balik dakwaan Rayer anti-Islam selepas diminta berulang kali oleh Ramli.

Saya minta maaf, saya tidak akan tarik balik. Memang Jelutong anti-Islam, katanya.

Ramli kemudian menyambung persidangan dan meminta Rayer membuat usul perkara dibangkitkan mengenai perkataan ‘enam jahanam’ yang digunakan di Dewan Rakyat.

MP Pendang diarah keluar Dewan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati privasi dan keputusan perkahwinan saya – Tengku Hassanal



Harith Iskandar buka mulut akhirnya

Shuk Sahar dedah sifat Shuib, Nabil dan Ebby Yus



Alif Teega disyaki seleweng kutipan derma bersama isterinya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker