Saya bukan postmen – Johari
Saya bukan postmen – Johari
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul kekal dengan keputusan tidak mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah menyokong kerajaan.
Beliau menegaskan sudah menimbangkan perkara itu dengan teliti sebelum membuat keputusan.
“Saya bukan posmen, bila saya menerima apa juga diberikan kepada saya…saya akan pastikan saya kaji semua.
“Malah saya baca kenyataan dalam pindaan Perkara 49 (Perlembagaan Persekutuan) itu. Keputusan kekal seperti dimaklumkan kepada (Ahli Parlimen) Beluran (Ronald Kiandee),” katanya di Dewan Rakyat.
Menerusi surat pemberitahuan semalam, Johari memaklumkan tiada kekosongan kerusi berdasarkan Perkara 49 (A) Perlembagaan Persekutuan yang dibuat untuk memastikan kestabilan politik.
Dalam pada itu, Johari maklum kenyataan presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dalam sidang media semalam, mengatakan beliau harus dicela kerana tidak mengosongkan kerusi terbabit.
Terdahulu, Kiandee (PN-Beluran) membangkitkan perkara itu ketika Johari masuk menggantikan Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor untuk mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2024.
Kiandee bangun meminta penjelasan berhubung keputusan itu dan mendakwa Johari tidak mempunyai kuasa untuk tidak mengosongkan kerusi terbabit dan tidak boleh membuat keputusan tersebut.
“Saya nakkan pencerahan, saya nak menyokong tapi perkara bawah perlembagaan harus dipegang dengan teliti. Kamu tidak berkuasa buat keputusan tapi memastikan kekosongan itu berlaku,” katanya.
Antara Ahli Parlimen berhujah menolak keputusan Johari adalah Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu), Awang Hashim (PN-Pendang), Shahidan Kassim (PN-Arau) dan Radzi Jidin (PN-Putrajaya).
Syahredzan Johan (PH-Bangi) menjadi Ahli Parlimen kerajaan yang bangkit mempertahankan keputusan Johari diikuti RSN Rayer (PH-Jelutong).
Dalam hujahnya, Syahredzan menegaskan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan speaker Dewan Rakyat berhak menentukan kekosongan kerusi.
Hamzah Zainudin (PN-Larut) kemudian bangun dan mempersoalkan Johari dengan mendakwanya salah dalam membuat keputusan itu.
“Jangan ikut sedap, kalau kita ikut sedap bukan hanya apa dikata tempoh hari, yang menjahanamkan adalah keputusan salah speaker. Ini yang menjahanamkan.
“Keputusan speaker adalah salah, sepatutnya speaker tak ikut perjanjian dibuat gabungan, speaker kena ‘non partisan’,” katanya sebelum meninggalkan Dewan disusuli Ahli Parlimen PN lain.
Johari kemudian meneruskan persidangan dan menyambung semula perbahasan RUU berkenaan. FMT
Saya bukan postmen – Johari
Baca Artikel Menarik:
- Pemimpin Umno kena jadi ‘pembangkang’ – Johari
- Rafizi kena jaga mulut
- Bahlol, bodoh Rafizi makan diri
- Tarian pengantin India bersama rakan Melayu jadi viral (Video)
- Mula bergurau, kemudian bergaduh
- Tak perlu lari, runding saja – Anwar
- Kes tumbuk teman wanita, ini kata Ammar Alfian
- ‘Real Taib’ dipenjara 91 bulan, 6 sebatan
- Mamat Exist mengaku ambil dadah
- Muharam bulan Syahrullah
- ‘Berbohong dari dahulu sehingga sekarang, UMNO tidak akan berkerjasama selagi Hadi Awang Presiden PAS’
- Ini rahsia mengapa sepakan penalti England begitu sempurna dalam Euro 2024
- Henti salahkan orang, UMNO kuat MCA & MIC akan turut kuat, jika UMNO lemah begitulah sebaliknya
- ‘Formula Sakti’ Rafizi akhirnya makan diri
- Noh, Annuar ibarat ‘kemuncup di seluar dalam’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.