Jalan Mumbai ditutup 4 hari kerana majlis kahwin anak individu terkaya Asia

Jalan Mumbai ditutup 4 hari kerana majlis kahwin anak individu terkaya Asia

MUMBAI, India: Lalu lintas di sebahagian kawasan penting di sini akan dihentikan sepenuhnya selama empat hari susulan perkahwinan anak lelaki individu terkaya Asia, Mukesh Ambani, minggu ini.

Perkahwinan Anant Ambani, 29, dan pasangannya, Radhika Merchant, 29, adalah kemuncak sambutan mewah sepanjang tahun dan menurut polis, ia dianggap sebagai ‘acara awam’ susulan kehadiran tetamu kenamaan antarabangsa dan India.



Namun, ia menimbulkan kemarahan penduduk selepas jalan berhampiran Pusat Konvensyen Jio World dimiliki konglomerat Reliance Ambani yang terletak di pusat perniagaan Mumbai hanya dibuka kepada tetamu antara jam 1 tengah hari hingga tengah malam, dari Jumaat hingga Isnin ini.

Sebahagian penduduk di Mumbai menyifatkan acara itu terlalu berlebihan, selain media sosial dihujani aduan mengenainya.

“Bagaimana ia boleh menjadi acara umum? Terkejut dengan layanan istimewa yang menjejaskan orang ramai biasa,” kata seorang pengguna di X.

“Jika ia acara umum, bolehkah saya sertainya?” tanya seorang lagi pengguna X.



Ketetapan itu dibuat biarpun Mumbai terkenal dengan kesesakan lalu lintas, terutama ketika monsun setiap tahun.

Lalu lintas di sekitar lokasi acara ketika ini sudah mula sesak susulan kerja menghias lampu dan bunga merah.

Bunga marigold dan lampu kuning juga digunakan untuk menghias pokok di luar rumah agam milik Ambani di sini.

Berdasarkan dokumen perincian rancangan berkenaan, perkahwinan dijadual berlangsung Jumaat ini, akan menampilkan ritual tradisional hindu, manakala majlis resepsi bakal diadakan selama dua hari dengan ‘majlis khas’ untuk kakitangan pengurusan rumah Ambani, diadakan Isnin depan.



Ketua Eksekutif Club One Air, Rajan Mehra, berkata tiga jet Falcon-2000 milik syarikatnya disewa keluarga Ambani untuk membawa tetamu, selain menjangkakan lebih 100 pesawat persendirian digunakan untuk acara itu.

“Tetamu hadir dari seluruh dunia dan setiap pesawat akan melakukan beberapa perjalanan melintasi negara,” katanya.

Minggu lalu, Justin Bieber membuat persembahan untuk ratusan tetamu di konsert pra-perkahwinan pasangan itu, selain turut bergambar dengan mempelai yang mengenakan pakaian tradisional India versi haute couture.

Pada Mac lalu, Rihanna menyanyikan lagu di majlis pra-perkahwinan selama tiga hari di Gujarat yang turut dihadiri 1,200 tetamu, termasuk Bill Gates dan Mark Zuckerberg, diikuti pelayaran mewah Eropah membabitkan 800 tetamu termasuk bintang Bollywood dan pemain kriket, dianjurkan keluarga Ambani, Mei lalu.



Video dan gambar terkini perayaan, termasuk rakaman keluarga Ambani menari dan menyanyi lagu Bollywood serta video Mukesh dan isterinya memandu bersama cucu mereka, memenuhi media sosial serta mendapat liputan meluas media India. BH

Jalan Mumbai ditutup 4 hari kerana majlis kahwin anak individu terkaya Asia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Harith Iskandar, Dr Jezamine bercerai

Nonny Nadirah buat hal,berkemban sambil menari pula



Mana peminat kami, seru Man Raja Lawak

Hajah Amy Mastura, Alhamdulillah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker