Kes tuntutan RM2 bilion harta Jamaludin selesai
Kes tuntutan RM2 bilion harta Jamaludin selesai
Kes berkontroversi melibatkan tuntutan harta berjumlah lebih RM2 bilion dikemukakan balu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Puan Sri Kalsom Ismail terhadap empat anak dan ibu mentuanya sejak enam tahun lalu berakhir dengan baik hari ini.
Pada prosiding akhir secara tertutup di Mahkamah Tinggi Syariah, difahamkan semua pihak mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes tuntutan berkenaan secara baik.
Menurut Peguam syarie, Nur Hidayah A Bakar, yang mewakili ibu Jamaludin memberitahu perjalanan tuntutan itu dapat diselesaikan dengan baik dan mendapat persetujuan semua pihak terlibat.
Difahamkan semua pihak berbincang lebih tiga jam sebelum persetujuan itu direkodkan oleh mahkamah hari ini.
“Bagaimanapun kita tidak boleh dedahkan apa-apa yang berkaitan dengan jumlah berkaitan harta-harta itu,” katanya ringkas kepada media hari ini.
Menurut peguam itu, semalam, isteri kepada arwah, Kalsom memberikan keterangan sebelum semua pihak membuat keputusan mencapai kata sepakat hari ini.
Sebelum ini Kalsom pada Oktober 2018 telah memfailkan memfailkan tuntutan harta sepencarian termasuk 20 hartanah di Malaysia, Makkah serta beberapa buah syarikat.
Beliau menamakan anaknya, Ikwan Hafiz, Nur Anis, Nurul Alyaa, Noor Adilla dan ibu mentuanya Aminah sebagai defendan.
Pada 4 April 2015, Jamaludin, yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pukul 4.55 petang.
Turut maut juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier; Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Azlin Alias, ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran dan seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva. MG
Kes tuntutan RM2 bilion harta Jamaludin selesai
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
Fazura akhirnya bersuara mengenai rumahtangganya
You must be logged in to post a comment.