Kempen PH di PRK Sungai Bakap tercemar dengan gangguan seksual pada wartawan
Seorang wartawan wanita membuat laporan polis selepas mendakwa dia diganggu secara seksual oleh seorang lelaki yang juga petugas kempen PH semalam.
Wartawan terbabit berkata kejadian berlaku pada suatu majlis perjumpaan di antara orang ramai dengan pemimpin kanan kerajaan di Sungai Kechil, Nibong Tebal.
Katanya semasa menemu ramah Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, dia berasa ada gegaran yang pelik di belakangnya untuk selama sekurang-kurangnya dua minit.
“Kemudian saya telah berganjak ke belakang sedikit oleh kerana tidak selesa pada ketika itu dan dapati individu tidak dikenali memakai baju merah (di belakang bertulis Pakatan Harapan), berambut panjang (paras bahu) dan berkopiah yang melakukan perbuatan tidak senonoh,” katanya.
Dalam laporan itu juga, wartawan terbabit memaklumkan bahawa suspek telah disoal siasat oleh beberapa individu yang turut berada di tempat kejadian.
Bagaimanapun, katanya, lelaki terbabit menafikan ada berbuat demikian.
Katanya walaupun terdapat kesan basah pada seluar lelaki berkenaan, dia mendakwa itu adalah kesan air kerana dia baru keluar dari tandas.
“Beliau mengaku dia adalah (petugas) media yang mengikuti calon (PH), sedangkan ketika itu calon masih lagi berada di dalam dewan,” katanya.
Sementara itu, dalam sidang media hari ini, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata dia baru dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Bagaimanapun Saifuddin memberi jaminan polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Chong Boo Khim mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada wartawan berkenaan dan kes itu sedang disiasat.
Bernama pula petang ini melaporkan seorang lelaki sudah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.
Ketua Polis Pulau Pinang Hamzah Ahmad yang mengesahkan penahanan lelaki itu berkata suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan hari ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Aliff, Ruhainies tak mengaku salah berkhalwat
- Tahanan rumah: Mahkamah tolak permohonan Najib
- Bruno Mars pro Israel, tiket konsert di KL ‘sold out’
- Ulam awet muda
- Lombong emas di Kelantan bikin Dewan Rakyat kecoh
- Azam Baki tak sebar tohmahan babit agensi penguat kuasa – SPRM
- Pemimpin DAP, baca buku saya – Bose
- ‘Masjid dalam kebun’ jana pendapatan
- Koperal ditemui maut tergantung di dapur rumahnya
- 3 wakil parti politik kerajaan perpaduan buat laporan polis terhadap Wan Fayhsal
- Kalau berdepan aku pukul si suami – Achey
- ‘Mungkin Allah jentik hati saya’
- Ayu Ting Ting putus tunang dengan abang tentera
- Warren Buffett dermakan RM25 bilion
- Anwar tegur Saifuddin supaya patuh peraturan Parlimen
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelawak, isteri direman, bantu siasatan kes sebar maklumat dalaman polis
Waran tangkap saya tidak masuk akal – Norjuma
You must be logged in to post a comment.