The Noor Dan Neelofa nafi terlibat dalam kklan berbaur lucah

The Noor Dan Neelofa nafi terlibat dalam kklan berbaur lucah

Aplikasi gaya hidup muslim, The Noor tampil menafikan penglibatan mereka dalam idea pengiklanan yang berbaur kelucahan dibuat oleh Nilofa Group sebelum ini.

Di mana Nilofa Group mengunakam imej yang double meaning dalam iklan mereka.

CEO dan Co-Founder TheNoor, Mohd Izzairi Yamin berkata: “Saya tidak bersetuju sama sekali penggunaan image atau postings berunsur lucah (haram) untuk tujuan marketing, promotion dan sewaktu dengannya.

“Ramai juga yang mengecam kononnya TheNoor tidak melakukan pemeriksaan terhadap gambar ganbar tular yang tidak beretika. Kami ingin tegaskan bahawa TheNoor tidak ada kaitan dengan produk atau syarikat tersebut.”

Kemudian menerusi satu siaran media rasmi The Noor berkata: “Penjelasan TheNoor Berkaitan Insiden Terkini Melibatkan Pengasas Neelofa

“TheNoor, sebuah syarikat pembangun Aplikasi Gaya Hidup Muslim, ingin menjelaskan insiden terkini yang melibatkan pengasas kami, Neelofa. Satu gambar yang tidak sesuai dengan etika Islami telah pun dimuatnaik di dalam media sosial oleh salah satu jenama Neelofa untuk mempromosikan produk yang tidak berkaitan dengan TheNoor.

“Kami memahami bahawa insiden ini telah menimbulkan kebimbangan dan mungkin telah menyebabkan kekeliruan mengenai nilai dan amalan syarikat kami di TheNoor.

“Pertama sekali, kami ingin menjelaskan bahawa TheNoor tidak terlibat sama sekali dalam penghasilan atau pengedaran gambar tersebut. Kandungan yang dimaksudkan itu hanya berkaitan dengan produk lain dan tidak mewakili strategi pemasaran atau piawaian etika TheNoor.

“Di TheNoor, kami dengan tegas mengecam penggunaan gambar yang tidak sesuai atau menyinggung norma masyarakat untuk tujuan pemasaran. Komitmen kami untuk mengekalkan jenama yang profesional dan menghormati masyarakat tidak akan pernah berubah. Kami amat kesal atas sebarang kesulitan atau salah faham yang mungkin telah menggusarkan pelanggan, rakan kongsi, dan pihak berkepentingan kami.

“Kami mengambil serius perkara ini dan sedang menyelesaikan hal ini di peringkat dalaman untuk memastikan insiden seperti ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan. TheNoor tetap komited untuk mengekalkan piawaian integriti dan profesionalisme yang tertinggi dalam semua aspek perniagaan kami.

“Kami menghargai semua yang memahami dan yang berterusan menyokong kami ketika kami menangani situasi ini.

“Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi unit komunikasi media kami. Vc

The Noor Dan Neelofa nafi terlibat dalam kklan berbaur lucah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nora Danish enggan dedah penyakit Nedim

Fazura, Fattah bermasalah, dakwa netizen

Kenapa produk Neelofa ni, siap berair?

Nora Danish tutup aurat sebab jaga bekas suami

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker