Nasi kandar Jakarta tak sedap, mahal pulak tu

Pengguna laman X menyifatkan rasa nasi kandar di Malaysia (kiri) lebih sedap dan murah berbanding yang dijual di Jakarta, Indonesia.

Nasi kandar Jakarta tak sedap, mahal pulak tu

Sejak Disember lalu, muncul beberapa restoran nasi kandar sekitar Indonesia terutama di Jakarta bagi memudahkan rakyatnya merasai makanan popular asal Malaysia itu.

Bagaimanapun, ramai yang menyifatkan rasa nasi kandar di Jakarta kurang ‘menyengat’ seperti mana disediakan oleh kebanyakan peniaga di Malaysia.

Semalam, seorang pengguna X @gerbongbagasi, berkongsi beberapa pilihan restoran nasi kandar yang terdapat di Jakarta selain turut membuat perbandingan rasa serta harga menu popular itu.

Katanya, di Jakarta, rata-ratanya nasi kandar dijual bermula RM15 sepinggan dengan pilihan lauk seketul ayam, sayur campur, telur goreng dan kuah.

“Kalau di Malaysia lauk seperti ini baru RM11 sahaja. Agak berbeza harganya. Teh tarik di sini juga kurang berbuih macam di Malaysia, tetapi kuantiti makanan di sini (Jakarta) cukup.

“Kalau nak datang sini, kena datang awal sebelum pukul 1 petang, sebab lauknya cepat habis,” katanya.

Menurut pengguna asal Indonesia itu lagi, teh tarik yang dijual di restoran nasi kandar di Jakarta juga mahal apabila secawan dikenakan caj lebih RM5.

“Kalau di Malaysia baru RM2.50 hingga RM3 sahaja untuk secawan teh tarik. Rempah dan kuah nasi kandar di sini juga tidak sepekat di Malaysia,” jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju harga nasi kandar di Jakarta lebih mahal berbanding di Malaysia.

Mereka juga mengakui rasa masakan di Indonesia tidak dapat mengalahkan keaslian nasi kandar Malaysia.

“Sebagai seseorang yang dahulu tinggal di KL dan sering ulang-alik ke sana, nasi kandar di Jakarta ‘overpriced’ sih. Dan aku juga kurang yakin akan keasliannya kerana kari ala India bukan selera majoriti orang Indonesia,” kata Wir.

“Aku pun sering ke Malaysia kalau mahu makan nasi kandar. Sudah cuba di Jakarta, rasanya memang tidak sama. Masih menang nasi kandar di Malaysia,” puji Ayuni. K Online

Nasi kandar Jakarta tak sedap, mahal pulak tu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya kerja siang malam untuk sara keluarga – Nora Danish

PN dicabar tutup kilang berkaitan Blackrock di Kedah, Kelantan

BlackRock sudah berpuluh tahun labur di Malaysia

Itu buaya kak, bukan kucing [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker