Ini kata Nora Danish selepas cerai, menyusuk kalbu

Ini kata Nora Danish selepas cerai, menyusuk kalbu

Rumah tangga yang dibina pelakon Nora Danish bersama Nedim Nazri selama tujuh tahun akhirnya menemui titik nokhtah apabila mereka sah bercerai talak satu, di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada jam 8.34 malam Rabu.

Selang beberapa jam berita perceraian pasangan itu yang menggemparkan dunia hiburan, Nora menerusi hantaran di Instagram Story berkongsi semula satu petikan atau ‘quotes’.



Petikan yang diambil dari tokoh ilmuan bernama Syeikh Ibrahim Masran Al-Banjari itu menceritakan mengenai hati yang reda menerima takdir.

Jika mampu, jadilah orang yang redha. Jika tak mampu, jadilah orang yang sabar.

Kerana orang yang redha itu lebih utama daripada orang yang sabar.

Sabar itu, menenangkan hati. Redha itu membahagiakan hati.



Dalam pada itu, Nora turut menggunakan lagu berjudul Tanpa Aku nyanyian Panji Sakti sebagai muzik latar.

Terdahulu, Nora dan Nedim akhirnya bersetuju untuk berpisah secara baik menerusi prosiding yang berjalan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Pada 29 April lalu, Nora mendedahkan rumah tangga dengan Nedim yang dibina sejak 2017 bergolak.

Nora mengaku dia dan Nedim berusaha perbaiki hubingan sebaik mungkin agar tidak terjadi perkara negatif yang boleh memberi kesan kepada anak mereka.



Imbas kembali, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15, sebelum bercerai pada 2008.
Sumber: Instagram

Ini kata Nora Danish selepas cerai, menyusuk kalbu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga

Budak ‘intern’ sepak senior miang



Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar

Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker