Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong

Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong

Umat Islam sudah diajar untuk meninggalkan urusan dunia apabila mahu beribadah. Namun, masih wujud segelintir individu yang berkeras mahu mencari duit walaupun sudah berada di tanah suci.

Menerusi sebuah video yang tersebar di media sosial baru-baru ini, kelihatan dua jemaah yang dipercayai dari Indonesia mengambil peluang meraih wang sementara melakukan ibadah di Padang Arafah.



Di dalam video itu, beberapa jemaah haji Indonesia dengan selamba menjual rojak di tepi jalan lengkap dengan peralatan seperti cobek dan bekas-bekas bungkusan.

Lebih teruk lagi apabila lokasi penjualan itu tampak kotor dek kerana sampah sarap yang bertaburan. Mereka seperti tidak segan silu melakukan perniagaan serta menjadi punca kepada kekotoran di situ walhal lokasi jemaah lain tampil bersih dan terurus.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen merasa terkedu dengan tindakan tidak sopan itu kerana sudah bertentangan dengan matlamat sebenar dalam menunaikan ibadah haji.

Malah, mereka juga mempersoalkan bagaimana peralatan-peralatan dan bahan mentah yang digunakan oleh jemaah dari Indonesia boleh terlepas masuk ke kawasan tanah suci. Vc



Jemaah Indonesia buat ibadah haji sambil jual lontong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak dedah kedaifan hidup Mila Jirin, keluarga



Budak ‘intern’ sepak senior miang

Umpama ‘pertemuan’ di Mahsyar



Ramai tertipu dengan model jelita rambut pink



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker