Penjagaan adik Zayn Rayyan diserahkan kepada JKM

Penjagaan adik Zayn Rayyan diserahkan kepada JKM

Ahli keluarga kanak-kanak Zahin Mateen yang merupakan adik kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin perlu mendapatkan hak penjagaan melalui kebenaran pihak mahkamah.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Noraini Ahmad.



Katanya, kanak-kanak berkenaan kini ditempatkan di pusat jagaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Berapa lama kanak-kanak itu akan ditempatkan di Pusat Jagaan JKM bergantung kepada siasatan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Penutup Makmal Pembangunan Pelan Tindakan Industri Penjagaan di Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan adik kepada Zayn Rayyan akan ditempatkan di institusi kebajikan bagi tempoh dua bulan.

Menurut Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim, terdapat keperluan yang menyebabkan JKM bertindak mengambil kanak-kanak berkenaan.



“Bagaimanapun kita bawa dia ke hospital untuk tujuan pemeriksaan dahulu. Selesai laporan nanti baru kita tentukan macam mana tindakan akan diambil,” katanya. K Online

Penjagaan adik Zayn Rayyan diserahkan kepada JKM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih



Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker