1 by 1, Gentleman buat ‘dealing’

1 by 1, Gentleman buat ‘dealing’

BUKIT MERTAJAM: Dua lelaki iaitu pemilik kedai dan pelanggannya yang sebelum ini tular bergaduh di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya, di sini, menerusi video yang popular dengan ungkapan ‘one by one’ dan ‘gentleman’ akhirnya berbaik atas semangat perpaduan.

Pemilik kedai runcit, Goh Yap Eng, 49, berkata beliau dan seorang lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu mencapai kata sepakat untuk menarik balik kes masing-masing apabila mengadakan pertemuan di hadapan pegawai penyiasat Isnin lepas.



“Kami dah OK, dah OK..hari Isnin kita pi balai polis dan kami bagi setel, (masing-masing) tarik balik kes lagipun kita semua satu Malaysia jangan gaduh-gaduh la. Kami bermaafan dan capai kata sepakat untuk selesaikannya dengan baik.

“Dia pun minta maaf dan bagi tahu semasa kejadian dalam keadaan mabuk, saya sempat nasihat dia jangan jadikan mabuk sebagai satu alasan dan kalau tak boleh kawal mabuk, tinggalkan minuman keras tersebut,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kedai runcitnya di sini hari ini.

Bapa kepada dua anak lelaki berusia 13 dan 18 tahun itu mengakui turut menyesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu sehingga tular di media sosial dan memberikan mesej yang tidak baik kepada rakyat majmuk negara ini.

“Saya ditahan pada Khamis (minggu) lepas sebelum direman selama dua hari dan dibebaskan pada Sabtu lalu, saya pun fikir macam mana boleh macam ni (bergaduh),” katanya.



Goh yang mempunyai tali pinggang hitam dan sijil sebagai tenaga pengajar taekwondo berkata kadangkala beliau menggantikan gurunya yang mengajar murid di sekolah berhampiran kawasan itu.

“Saya memang dari dulu minat dalam taekwondo untuk ke peringkat lebih tinggi namun terpaksa melupakannya kerana perlu meneruskan perniagaan kedai runcit milik ayah saya,” katanya.

Pihak polis turut menahan seorang lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu pada Khamis minggu lepas.

Rakaman video pergaduhan yang tular itu antaranya memaparkan kedua-dua lelaki berkenaan saling membuat provokasi sehingga menjadi usikan warganet.



Bagaimanapun, semalam tular sekeping foto yang memaparkan kedua-dua mereka berjabat tangan dan menyelesaikan isu tersebut secara baik.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi Bernama mengesahkan kedua-dua lelaki telah menarik balik laporan polis mereka dan kes itu telah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA). FMT

1 by 1, Gentleman buat ‘dealing’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih



Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker