Ustaz Don sambung kendali Salam Baitullah di TV1

KUALA LUMPUR: Ustaz Don Daniyal Don Biyajid menyambung semula tugasnya sebagai pengacara program Salam Baitullah terbitan RTM di TV1, malam tadi.

Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman mengesahkan Ustaz Don yang sebelum ini direhatkan susulan pertikaian terhadap perkongsian mengenai kisah Nabi Muhammad SAW, kembali mengemudi Salam Baitullah yang disiarkan jam 9 malam tadi.

Suhaimi berkata, Ustaz Don kembali mengambil tugas pengacara bersama Mohd Fakhrul Radhi Khamaruddin yang juga anggota kumpulan nasyid popular, UNIC.



“Iya betul.. Ustaz Don kembali malam ini,” katanya kepada BH Online.

Suhaimi menjelaskan, keputusan itu diambil selepas pertemuan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Ustaz Don bagi membincangkan mengenai kontroversi tercetus.

Sebelum ini, Suhaimi mengesahkan Ustaz Don direhatkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah yang disiarkan secara langsung di TV1 sejak 2 Jun lalu.

Ustaz Don dilapor direhatkan daripada mengendalikan program berkenaan susulan pertikaian netizen membabitkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW yang diceritakan beliau ketika bersiaran di konti stesen radio hingga mengundang kritikan pelbagai pihak.



Sehubungan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai kenyataan Ustaz Don mengenai kisah Ummu Hani sebagai cinta pertama Nabi Muhammad SAW yang diragui.

Ustaz Don kemudian dipanggil JAKIM, baru-baru ini yang turut disertai wakil daripada Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Kementerian Dalam Negeri dan Ustaz Fawwaz Fadhil.

Salam Baitullah adalah rancangan tonggak RTM yang bersiaran setiap kali musim haji kembali menemui penonton bermula 2 hingga 17 Jun ini.

Tahun ini, 17 episod program Salam Baitullah disiarkan secara langsung di saluran TV1, Saluran Berita – 123 MyTV juga RTMKlik selama sejam 30 minit mulai jam 9 hingga 10.30 malam.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)



1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh



Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker