Sanusi kaki bohong, kenyataan bersifat hasutan dan berbaur perkauman

 

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai isu air di Pulau Pinang adalah bersifat hasutan dan berbaur perkauman.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu berkata Muhammad Sanusi sering kali tidak bercakap dengan fakta dan berbohong.



“Buka mulut ja bohong. Ini sikap yang sangat tidak baik bagi seorang menteri besar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.

Pada pelancaran jentera Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu lepas, Muhammad Sanusi mendakwa masalah air di kawasan itu belum selesai kerana berlaku diskriminasi oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

“Kenapa di kawasan ini tiada air tetapi di Tanjung ada air?

“Ini kawasan Tok Lebai (penyokong PAS),” katanya seperti dilaporkan media.



Fahmi juga berkata Muhammad Sanusi tidak bercakap berdasarkan fakta dan merujuk fakta mengenai kemenangan Ahli Parlimen Nibong Tebal Fadhlina Sidek sebagai contoh.

“Di atas pentas, beliau boleh kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek telah menang dengan 100 undi tetapi carian dalam Google boleh menunjukkan dengan pantas bahawa kemenangan Fadhlina Sidek adalah dengan majoriti 16,000 undi.

“Jadi kalau dalam perkara asas pun beliau gagal apatah lagi dalam menguruskan pentadbiran kerajaan negeri… beliau juga banyak mengumumkan projek-projek swasta dan bila projek ini tidak berjalan, beliau berkata ini bukan masalah beliau.

“Beliau adalah seorang yang amat bermasalah,” katanya.



Sementara itu, Fahmi berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi peringatan kepada semua anggota kabinet supaya memastikan tidak berlaku sebarang pelanggaran peraturan pada PRK DUN Sungai Bakap.

Beliau berkata perkara itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini.

“PM ada beri peringatan kepada semua ahli jemaah menteri supaya memastikan sewaktu PRK ini tidak berlaku apa-apa pelanggaran undang-undang atau peraturan pilihan raya,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Sungai Bakap dan 22 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.



PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.

– Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)



1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker