Pornografi boleh sebabkan mati pucuk – Dr Samhan

Pornografi boleh sebabkan mati pucuk – Dr Samhan

Perbuatan menonton video lucah atau sebarang kandungan berbentuk pornografi, berpotensi membawa kepada masalah mati pucuk atau ejakulasi pramatang.

Menurut doktor kesihatan lelaki, Him Wellness Dr Ahmad Samhan Awang, apabila seseorang itu sudah mencapai kepada tahap ‘ketagih’ dalam menonton kandungan tidak bermoral itu, masalah rangsangan akan berlaku.



“Jika mereka mengalami masalah ketagihan pornografi, di manakah kecederaan tersebut?

“Kecederaan tersebut ada pada otak mereka iaitu spesifiknya ‘frontal lobe’ atau bahagian depan otak.

“Ini menyebabkan mereka mengalami masalah ‘self-control’ atau kesukaran mengawal diri dan menjejaskan penghantaran maklumat ke otak.

“Jadi perkara inilah yang membawa kepada masalah mati pucuk dan ejakulasi pramatang,”ujarnya.



Katanya lagi, gambaran yang dilihat pada video atau kandungan lucah akan menimbulkan persepsi yang tidak benar berkenaan dengan ukuran zakar.

Hal ini sekaligus menyebabkan masalah keyakinan diri dan menganggap ukuran zakar sendiri adalah tidak normal meskipun ukurannya normal.

Selain itu, ujarnya lagi, faktor-faktor yang sebenarnya menyumbang kepada masalah mati pucuk termasuklah masalah penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi atau kolestrol termasuk amalan tidak sihat seperti merokok.

Beliau turut memberi saranan agar para lelaki tidak segan untuk mendapatkan rawatan di klinik atau mana-mana hospital. Aw



Pornografi boleh sebabkan mati pucuk – Dr Samhan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)



1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh



Kalau tak boleh gurau, duduk surau



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker