Mahathir ingatkan TMJ, tanpa persekutuan, Johor hari ini negeri koloni British

Adalah tidak wajar bagi Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan pemisahan kuasa antara negeri dan persekutuan, kata Dr Mahathir Mohamad.

Mengimbas kembali sejarah apabila Johor menandatangani perjanjian penyerahan kuasa pentadbiran negeri kepada British, bekas perdana menteri itu mengingatkan bahawa tanpa persekutuan, negeri itu akan kekal menjadi jajahan Inggeris hari ini.

“Johor akan terus menjadi negeri koloni (jajahan) dan bukan merdeka.



“Kita adakan persekutuan supaya negeri yang kaya boleh membantu negeri yang miskin.

“Kalau pada mulanya semua miskin termasuk Johor. Kemudian, selepas mendapat kemerdekaan Johor menjadi kaya dia tak nak bagi hasil dikongsi negeri miskin itu tak boleh.

“Sarawak pun bukan sampai dia tak bagi duit. Dia cuma minta lebih sikit dan kita bagi,” katanya di sidang media Yayasan Perdana, di Putrajaya hari ini.

Bekas perdana menteri itu mengulas kenyataan Tunku Ismail yang juga adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ) bahawa mereka bukan negeri pengemis sehingga perlu meminta-minta bagi menampung keperluan dan pembangunan di negeri itu.



Pada sesi podcast secara langsung pada 9 Jun, baginda membangkitkan keperluan dan kepentingan negeri itu hanya dilayan khususnya ketika musim pilihan raya

Justeru, Tunku Ismail bertitah bahawa perlu ada pemisahan kuasa antara negeri dan persekutuan.

Baginda turut membangkitkan cadangan mewujudkan Gabungan Bangsa Johor, iaitu gabungan yang titahnya, akan membolehkan kepentingan negeri diputuskan sendiri oleh penduduknya, seperti di Sarawak.

Mengulas lanjut, Mahathir mengingatkan bahawa Johor adalah negeri yang pertama menandatangani Perjanjian MacMichael yang menyerah Johor kepada British.



Melalui perjanjian itu, semua kuasa diserahkan kepada Inggeris, kecuali pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang masih dipegang oleh Raja-raja Melayu.

Katanya, perjanjian itu berjaya dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung bergabung dalam satu pertubuhan yang dinamakan Umno yang kemudiannya  membantah serta menolak perjanjian MacMichael dan Malayan Union.

“Demikianlah apabila semua orang Melayu dari semua negeri-negeri bergabung British terpaksa tunduk kepada tuntutan mereka. Tuntutan orang Melayu ialah Persekutuan Tanah Melayu mengganti Malayan Union.

“Raja-Raja pun dikembalikan sebagai Raja Berperlembagaan (Constitutional Monarchy) dalam demokrasi berparlimen,” katanya lagi.



Mengikut sejarah, Harold Alfred MacMichael seorang  pentadbir British yang diberi kuasa untuk menandatangani perjanjian rasmi dengan raja-raja Melayu ke atas skim cadangan Malayan Union bermula 1945.

Sultan Ibrahim dari Johor menjadi Raja Melayu pertama yang bersetuju.  Menerusi perjanjian itu, United Kingdom mempunyai kuasa pentadbiran penuh ke atas negeri-negeri Melayu kecuali yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih



Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker