Lelaki digigit ular berkepala dua (Video)

Lelaki digigit ular berkepala dua (Video)

ORANGE, California – Seorang penjaga zoo di California berkongsikan klip video yang memaparkan dirinya digigit oleh seekor ular berkepala dua yang jarang ditemui, lapor akhbar Metro UK semalam.

Pengasas The Reptile Zoo, Jay Brewer, memuat naik video di laman Instagram pada Sabtu lalu yang kini tular dan menjadi topik perbincangan hangat netizen.



Menerusi rakaman itu, Brewer dilihat memegang ular berkenaan di bahagian lehernya manakala seorang lagi pekerja memegang bahagian tengah badan dan ekor.

Ketika Brewer mengetuk kepala reptilia berkenaan, kedua-duanya menggigit jarinya secara serentak.

“Saya sangkakan mengendalikan seekor ular yang marah sudah cukup teruk, tetapi sekarang saya perlu mengendalikan kedua-duanya,” kata Brewer.

Netizen yang melihat klip video itu terkejut dan tertanya-tanya berhubung keadaan ular itu.



“Saya mempunyai begitu banyak soalan. Bagaimana? Adakah haiwan itu boleh bertahan?” kata seorang netizen.

“Sekarang anda membuatkan saya berasa ingin tahu. Bolehkah anda menunjukkan kepada kami bagaimana ular itu makan?” kata pengguna lain.

Sementara itu, Brewer yang mempunyai 7.8 juta pengikut di Instagram mendedahkan bahawa ia merupakan ular tikus Texas betina yang tidak berbisa. K Online

[videopress K9WlaXJA]

Lelaki digigit ular berkepala dua (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker