Johor tidak boleh banding hubungan Sabah, Sarawak dengan Pusat

Gabungan macam GPS tak mampu berjaya di Johor

Johor tidak boleh banding hubungan Sabah, Sarawak dengan Pusat

Parti politik di Johor bergabung di bawah ‘Gabungan Bangsa Johor’ demi memelihara kepentingan negeri tidak mampu dijayakan, kata penganalisis.

Felo Majlis Profesor Negara Jeniri Amir, berkata walaupun cadangan itu ‘idealistik’, namun ia sukar dilaksanakan mengambil kira ideologi parti bertentangan.



“Sukar bagi parti kebangsaan bekerjasama dan bersatu di bawah gabungan seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS). Setiap parti mempunyai ideologi politik berbeza, terutama DAP dan PAS,” katanya kepada FMT.

Jeniri mengulas cadangan Pemangku Sultan Johor Tunku Sultan Ismail Sultan Ibrahim, parti seperti PKR, DAP, Umno, dan PAS mengikuti GPS dengan membentuk gabungan di peringkat negeri.

Dalam audio siar disiarkan secara langsung di Facebook, Tunku Ismail bertitah Sarawak berunding lebih cekap dengan pihak berkuasa persekutuan menerusi gabungan pemerintah, GPS.

Titahnya, kerajaan persekutuan sukar mengetepikan permintaan Johor jika semua parti di negeri itu bergabung.



Bagaimanapun, Jeniri menekankan GPS menjadi gabungan pemerintah di Sarawak kerana komponen parti kukuh bersatu melawan pembangkang.

“Parti dalam GPS bersatu dalam satu suara dan memaparkan nasionalisme kuat negeri, terutama di bawah pentadbiran premier (Abang Johari Openg).”

Katanya, berbeza di Johor di mana Barisan Nasional (BN) mempunyai 40 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala pembangkang, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, masing-masing mempunyai 12 dan tiga kerusi.

GPS dibentuk susulan BN hilang kuasa pada PRU 2018. Ketika ini, parti itu menjadi gabungan politik keempat terbesar, mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat.



GPS mendominasi 79 daripada 82 DUN Sarawak menerusi empat parti tempatan – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PSB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan Parti Rakyat Sarawak (PRS)

Dalam pada itu, Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia, berkata membentuk gabungan seperti disebutkan di Johor akan membawa beberapa manfaat politik.

Beliau turut berkata, membandingkan hubungan Johor dan kerajaan persekutuan seperti Sarawak ‘tidak kena’, memandangkan negeri Borneo membentuk Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963, menjadikan negeri itu ‘rakan kongsi setara’ dengan Malaya.

Bagaimanapun, Fauzi berkata idea parti bergabung itu mungkin boleh dilaksanakan sekiranya parti tempatan ditubuhkan seperti GPS, dibentuk di Johor. FMT



Johor tidak boleh banding hubungan Sabah, Sarawak dengan Pusat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker