Israel diserang lebih 90 roket dari Lubnan
Israel diserang lebih 90 roket dari Lubnan
BAITULMAQDIS: Tentera Israel mendakwa lebih 90 roket dilepaskan dari Lubnan ke utara Israel pada Rabu, selepas serangan rejim Zionis membunuh seorang komander kanan Hizbullah di selatan Lubnan pada hari sebelumnya.
“Lebih 90 roket dikenal pasti melintasi Lubnan,” kata tentera dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa beberapa daripadanya berjaya dipintas, tetapi yang lain terkena di Israel utara yang mencetuskan kebakaran di beberapa kawasan.
Kumpulan pejuang Lubnan Hizbullah menyerang hampir setiap hari merentasi sempadan Israel sejak sekutu Palestinnya, Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober, mencetuskan perang di Gaza.
Memandangkan ketegangan meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini, beberapa serangan roket mencetuskan kebakaran di kedua-dua sempadan.
Serangan terbaru dari Lubnan berlaku selepas serangan Israel membunuh seorang komander kanan Hizbullah pada Selasa.
Hizbullah mengenal pasti komander itu sebagai Taleb Sami Abdallah, juga dikenali sebagai Abu Taleb dan dilahirkan pada 1969.
Sumber tentera Lubnan berkata, komander itu adalah ‘yang paling penting dalam Hizbullah untuk dibunuh sejak permulaan perang’.
Sumber itu juga berkata, serangan Israel melanda bandar Jouaiyya, kira-kira 15 kilometer dari sempadan dan turut membunuh tiga orang. BH
Israel diserang lebih 90 roket dari Lubnan
Baca Artikel Menarik:
- Leftenan Jeneral ‘samseng’, berani ugut polis guna pangkat tentera
- Wanita, kanak-kanak cedera dilanggar ketika melintas [VIDEO]
- Rakyat bosan dengan ‘warlord’ – Akmal
- Lelaki digigit ular berkepala dua (Video)
- BMW langgar treler rosak, 4 maut
- Saya kena maki berbakul-bakul – Anwar
- Bezza terbabas, isteri baru dikahwini maut, suami parah
- Yasin dakwa Anwar datang ‘menjenguknya’ di Hospital Bahagia
- Daim, keluarga heret Anwar ke mahkamah
- Keracunan makanan: Bapa tunggu laporan bedah siasat
- Puasa sunat Arafah jatuh pada Ahad
- Ahli PKR didakwa lakukan sumbang mahram
- Sudah ada petunjuk besar?
- DAP perlu sensitif, JPN perlu proaktif jelaskan isu kewarganegaraan
- Pelajar kecewa pensyarah gagalkannya walaupun diserahkan badan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)
1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih
Kalau tak boleh gurau, duduk surau