Dua bakteria pada telur boleh jadi punca keracunan makanan hingga bawa maut

Dua bakteria pada telur boleh jadi punca keracunan makanan hingga bawa maut

Salmonella dan Bacillus cereus adalah dua jenis bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan dialami pengguna sehingga membawa maut dalam masa yang singkat.

Bakteria Salmonella lazimnya ditemui pada telur mentah ataupun separa masak, yang merebak melalui ayam betina yang telah dijangkiti.



Pegawai Perubatan yang menganggotai gagasan Medical Mythbusters Malaysia, Dr Rusyainie Ramli, berkata bakteria itu kemudian merebak ke dalam telur yang dihasilkan sebelum kulit terbentuk.

“Selain ia juga merebak pada kulit telur yang mungkin telah dicemari Salmonella pada najis ayam. Bagi mengelak kontaminasi Salmonella dalam telur, ia perlu dimasak sehingga sempurna iaitu sekurang-kurangnya pada 71 darjah celsius dan tidak boleh ada bahagian yang cair ataupun separuh masak.

“Makanan yang menggunakan telur mentah atau separuh masak sebagai bahan, perlu memastikan telur yang digunakan telah dipastur. Selain itu, perlu disimpan dalam peti sejuk dalam suhu 4 darjah celsius dan tidak dicampurkan dengan makanan lain.

“Telur retak yang terdapat dalam bekas yang dibeli atau disimpan mesti dibuang. Jangan beli telur pecah yang dijual dalam plastik,” katanya menerusi perkongsian yang dikongsi oleh Facebook Medical Mythbusters Malaysia, semalam.



Dr Rusyanie turut mengingatkan, telur yang dimasak ataupun disimpan dalam peti sejuk perlu dimakan segera dan jika dibiarkan pada suhu bilik, ia perlu dimakan dalam tempoh dua jam.

“(Selain itu) Telur mesti dibasuh (sehingga) bersih sebelum digunakan. Telur mempunyai lapisan perlindungan di kulit luarnya yang dipanggil kutikel sebaik saja ia keluar dari ayam betina. Kutikel itu membuatkan telur tahan lama.

“Sekiranya telur dibasuh dahulu sebelum disimpan dalam peti sejuk, lapisan ini boleh hilang tetapi sekiranya najis atau kekotoran kelihatan pada permukaan kulit telur, bersihkan telur dahulu. Bagaimanapun, telur mesti dibasuh sebelum dimasak,” katanya.

Katanya, ketika mengendalikan telur mentah ataupun yang belum dibasuh, perlu dipastikan bahawa tangan dibasuh dengan air dan sabun termasuk semua peralatan memasak yang bersentuh dengan telur mentah.



Beliau mendedahkan, antara simptom disebabkan Salmonlla adalah cirit-birit, muntah, demam, dan sakit abdomen yang akan mula dirasai dalam masa enam jam selepas memakan makanan yang dicemari Salmonella dan boleh berlarutan sehingga empat ke tujuh hari.

“Individu yang mempunyai sistem pertahanan tubuh yang lemah, boleh mengalami simptom dehidrasi yang teruk akibat muntah dan cirit-birit yang berterusan yang boleh membawa maut jika tidak dirawat segera,” katanya.

Kataya, lagi golongan berisiko seperti kanak-kanak berusia kurang lima tahun, pesakit yang mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, pesakit HIV, pesakit yang menjadi penerima organ, Ibu hamil, pesakit kanser yang menjalani rawatan dan warga emas yang berusia lebih 65 tahun.

“Diharapkan peniaga makanan yang (beroperasi) dari rumah, melengkapkan diri dengan pengetahuan pengendalian makanan bagi meminimumkan risiko mencemarkan makanan yang dijual. (Makanan) disediakan di rumah belum tentu menjamin kebersihan dan keselamatan makanan,” katanya.



Selain daripada Salmonella, Dr Rusyainie berkata, bakteria Bacillus cereus juga boleh menyebabkan keracunan makanan sehingga membawa maut dalam masa yang singkat.

“Bakteria ni menyebabkan keracunan yang akut dengan menghasilkan dua jenis toksin yang bertindak ke atas sistem penghadaman manusia dengan sindrom muntah dan cirit-birit.

“Bila bakteria ini keluarkan toksin cereulide dalam makanan yang dijangkitinya, pesakit akan loya dan muntah dalam tempoh 30 minit hingga lima jam selepas mengambilnya.

“Biasanya dalam tempoh 24 jam, baru simptom hilang. Pada masa yang sama, makanan itu yang akan turun ke saluran usus menghasilkan enterotoxin. Toksin ini akan buatkan pesakit cirit-birit dan boleh disertai dengan mukus atau darah dan sakit abdomen,” katanya.



Beliau turut berkata, kesan daripada enterotoxin boleh dirasai dalam masa lapan ke 16 jam selepas makanan dimakan dan simptom akan pulih dalam 12 ke 24 jam.

“”Bacillus cereus selalunya dijumpai dalam tanah dan boleh menghasilkan spora yang boleh bertahan walaupun dimasak. Dalam keadaan yang kondusif, spora ini boleh bercambah dan membiak menjadi Bacillus cereus yang vegetatif.

“Toksin cereulide yang dihasilkan oleh Bacillus cereus juga mampu menahan haba. Biasanya boleh ditemui dalam makanan berkanji seperti nasi, mi, pasta atau bihun,” katanya.

Simptom cirit-birit yang terhasil dari enterotoxin akibat Bacillus cereus, dikaitkan dengan makanan yang mempunyai daging, sup, sos, dan susu.



“Kebanyakan kes keracunan membabitkan Bacillus cereus, pesakit akan sembuh dengan sendirinya dalam tempoh satu ke dua hari. Namun begitu, terdapat kes yang jarang berlaku, dan menyebabkan kematian (seperti) yang telah dilaporkan dalam jurnal saintifik.

“Bacillus cereus ini ada dalam persekitaran kita. Kita tidak boleh lari daripadanya, tetapi kita boleh mengambil langkah-langkah untuk mencegah dari dijangkiti,” katanya.

Antaranya adalah pastikan makanan sentiasa berada lebih dari suhu 60 darjah celsius ataupun bila disejukkan mesti berada pada suhu kurang 4 darjah celsius.

“Sejukkan makanan yang tidak mahu dimakan segera, dalam tempoh enam jam selepas ia dimasak pada suhu kurang 4 darjah celsius dan setiap kali makanan dipanaskan semula, pastikan suhunya melebihi 74 darjah celsius,” katanya. BH

Dua bakteria pada telur boleh jadi punca keracunan makanan hingga bawa maut

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker