Bas ekspres terbabas berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, 7 cedera

Bas ekspres terbabas berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, 7 cedera

Tujuh termasuk pemandu bas ekspres cedera dalam nahas berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke ibu negara di sini, pagi tadi.

Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 6.17 pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohammad Yusri Aziz, berkata bas berkenaan dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan selepas plaza tol di lebuh raya terbabit.

Katanya, sepasukan empat anggota bomba bersama jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Menjalara digerakkan ke lokasi untuk tugas menyelamat.

“Terdapat tujuh lelaki dewasa termasuk pemandu di dalam bas ekspres berkenaan ketika kejadian.

“Semua mangsa berjaya dibawa keluar dengan selamat oleh anggota bomba dan mereka hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, semua mangsa kemudian diserahkan kepada petugas ambulans dari Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut. BH

Bas ekspres terbabas berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, 7 cedera

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker