Azeem sudah catat masa 10s

Azeem sudah catat masa 10s

Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi sudah bersedia untuk ‘mengaum’ pada kejohanan Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang, hujung minggu ini.

Pelari berusia 20 tahun itu ketika ini berada pada tahap terbaiknya selepas membantu kuartet 4×100 meter (m) Universiti Auburn memenangi pingat emas dengan di Kejohanan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) Amerika Syarikat (AS) di Oregon, Sabtu lalu.

Kuartet yang dibarisi Azeem, Kayinsola Ajayi, Dario Matau dan Makanakaishe Charamba cemerlang apabila mencatat masa 38.03 saat (s) yang menjadi rekod keempat terpantas dunia tahun ini.

Secara matematiknya, catatan yang dilakukan Azeem bersama rakan-rakannya itu menyaksikan purata setiap pelari merekodkan masa 9.5s yang mana ia sudah pun melepasi had kelayakan automatik 10s untuk ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurut Azeem, kejayaan itu melonjakkan lagi semangatnya untuk menghasilkan keputusan terbaik di Terbuka Malaysia dalam misi memburu slot ke Paris baik menerusi had kelayakan automatik ataupun menerusi kedudukan ranking.

“Catatan yang kami lakukan 38.03s itu sebenarnya salah satu yang terpantas di dunia tahun ini dan jika dikira secara purata, untuk mendapatkan catatan itu, setiap atlet berlari di bawah 10.01s.

“Jadi apabila kami berlari dengan catatan itu, saya percaya kami semua berlari dengan cemerlang termasuk diri sendiri… dan saya rasa perlu membawa momentum daripada minggu lalu ke minggu ini (Terbuka Malaysia).

“Saya perlu amat pasti dan yakin catatan minggu lalu itu menunjukkan kemampuan untuk melakukannya,” kata Azeem ketika ditemui sebaik tiba dari AS di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 10.09s itu bagaimanapun enggan terlalu yakin apabila turut menyifatkan saingan Terbuka Malaysia kali ini tetap satu ujian besar buat dirinya.

“Hujung minggu ini tetap cabaran terbesar, ramai yang harapkan saya lakukan yang terbaik, bukan orang lain saja saya sendiri nak capai yang terbaik hujung minggu ini di Kuantan.

“Saya baru habis NCAA di AS, balik menaiki penerbangan yang bertolak pada hari Isnin dan tiba pada hari Rabu.

“Saya lakukan yang terbaik, cuba dapatkan rehat secukupnya dalam penerbangan,” kata Azeem.

Sebagai rekod, catatan terbaik Azeem tahun ini adalah 10.24s yang dilakukan pada kejohanan di Los Angeles pada 27 April lalu, namun dengan bantuan angin. BH

Azeem sudah catat masa 10s

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sambut ‘Birthday’ Zayn Rayyan di kubur, netizen rasa makin pelik (Video)

1 by 1: “Kalau tak mabuk itu orang mesti kena” – Anne singlet putih

Punca Hajar Aswad dicuri dan 30 ribu jemaah haji dibunuh

Kalau tak boleh gurau, duduk surau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker