Yasin dakwa Anwar datang ‘menjenguknya’ di Hospital Bahagia

Faizal Tahir turut didakwa datang melawatnya.

Yasin dakwa Anwar datang ‘menjenguknya’ di Hospital Bahagia

Penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman, mendakwa rakan artis dan pemimpin negara termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, melawatnya di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak, baru-baru ini.

Selain Perdana Menteri; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan penyanyi, Faizal Tahir, dikatakan melawat Yasin yang diarahkan menerima rawatan di hospital berkenaan selepas dibebaskan atas tuduhan dadah, tahun lalu.



Yasin menzahirkan rasa terharu, syukur dan penghargaan kepada semua yang melawatnya.

“Ini juga tahun ketiga (2024) turun naik mahkamah. Bermula dengan Mahkamah Majistret dan Sesyen Petaling Jaya yang selesai tahun lalu, namun kes dibuka semula (rayuan pendakwaan) di Mahkamah Tinggi.

“Saya terpaksa mengharunginya. Memang sudah letih dan lelah tetapi apakan daya terpaksa juga,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Azmi Aman, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menetapkan 22 Ogos ini untuk pendengaran rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan penyanyi dan komposer itu oleh Mahkamah Sesyen, tahun lalu.



Yasin, 49, sebagai responden dalam prosiding rayuan diwakili peguam Ariff Azami Hussein, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lokman Kasim.

Yasin menegaskan dirinya perlu kuat semangat dan banyak sabar kerana belum lihat pengakhiran kes dadah berkenaan.

“Pada asasnya pihak pendakwaan tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan saya daripada semua pertuduhan dadah.

“Keputusan itu atas alasan ketika kejadian saya tidak waras kerana bergejala mania (emosi tidak stabil), memang saya sakit,” katanya.



Pada 29 November lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan penyanyi dan komposer itu atas tiga tuduhan kes dadah.

Bagaimanapun, Hakim Faiz Dziyauddin, mengarahkan penyanyi itu ditempatkan di bawah jagaan selamat di Hospital Bahagia Ulu Kinta mengikut Seksyen 348(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).

Yasin akan ditempatkan di hospital berkenaan selama tempoh mengikut perkenan Sultan Selangor di bawah Seksyen 348(2) KTJ.

Yasin didakwa memberikan dirinya dadah di pejabat narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada jam 11.05 malam, 24 Mac 2022.



Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Penyanyi itu juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara, jam 5.30 petang, pada tarikh sama.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 kali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup serta tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan. BH



Yasin dakwa Anwar datang ‘menjenguknya’ di Hospital Bahagia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker