Syasya jatuh cinta kerana muka mirip Nobita

Syasya jatuh cinta kerana muka mirip Nobita

SEPERTI bait pantun yang berbunyi, anak itik di celah pandan, sambil berenang berdua-dua, sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua.

Begitu gambaran penyatuan cinta bekas anggota Dolla, Syasya dengan teruna impiannya, Nasrullah.



Sah bernikah 21 April lalu dengan sekali lafaz, pemilik nama sebenar Norsyasya Afiqah Shahrizal selamat bergelar isteri kepada jejaka bernama Nasrullah Mohd. Sapie, 23, yang masih berstatus siswa.

Tidak keterlaluan perasaan berbunga menggebu-gebu mengalir dalam jiwa tatkala mendengar setiap bait kata-kata luahan Syasya mahupun Nasrullah ketika menggambarkan keperibadian satu sama lain.

Pasangan muda itu menyifatkan mereka punya sikap berbeza, namun saling melengkapi. Aura bulan madu juga masih hangat terasa apabila panggilan sayang terlontar dari bibir masing-masing.



Barangkali, keutuhan rasa sayang itulah yang menjadi layar untuk mereka mengemudi bahtera rumah tangga seawal usia muda sehingga Syasya sanggup mengundurkan diri dari industri muzik demi sebuah cinta mati.

Menyulam cinta sejak dua tahun lalu, Syasya mengakui hatinya mula bertaut pada Nasrullah sejak jejaka itu datang ke rumah untuk melepak dengan abangnya.

Ujar anak kedua daripada lima beradik itu, dahulu suaminya berkawan rapat dengan abangnya selain selalu meluangkan masa bersama.

“Sebenarnya kita berdua sudah lama pun mengenali tapi tidak saling mesra sampailah satu ketika, takdir Tuhan menjentik hati kami untuk berkenalan lebih rapat iaitu dua tahun lepas.



“Nasrullah kawan abang saya, dia selalu lepak dengan abang, dari situ saya mula kenal dia.

“Kiranya kami memang kenal lama cuma cinta mula berputik sekitar dua tahun lalu dan kami hanya simpan sendiri, ibu bapa pun tidak tahu,” katanya.

Diajukan pertanyaan apakah keperibadian Nasrullah yang menyebabkan gadis lincah itu terpaut hati, Syasya berkata, suaminya itu hadir melengkapi kekurangan dalam dirinya.



Selorohnya, wajah sang arjuna yang mirip watak dalam siri kartun popular Doraemon iaitu Nobita juga menjadi penarik kuat untuk jatuh cinta memandangkan dia sangat meminati animasi tersebut.

“Saya dan Nasrullah banyak persamaan, namun dalam masa sama banyak juga perbezaan, itu semua melengkapi kami sebagai satu pasangan.

“Saya sangat degil tetapi suami berjaya menundukkan kedegilan hati saya.

“Lagi pun saya sangat suka kartun Doraemon dan suami saya ni macam Nobita, itu sebagai nilai tambah mengapa hati saya cepat tertaut kepadanya,” ujar Syasya tersenyum lebar.



Disua pula apakah persediaan mereka untuk berangkat ke luar negara, Nasrullah berkata perancangan melanjutkan pengajian ke luar negara sudah pun dibatalkan.

“Asalnya memang cita-cita saya untuk sambung belajar di luar negara tetapi selepas kami berbincang dan memikirkan banyak aspek, hasrat itu terpaksa ditangguhkan.

“Lagi pula hasrat tersebut sebelum saya memilih untuk berkahwin, bila sudah menikah, saya fikir untuk fokus terhadap rumah tangga kami terlebih dahulu.

“Ringkasnya, kami tak jadi ke luar negara,” katanya menoktahkan khabar angin yang tersebar luas sebelum ini. HG



Syasya jatuh cinta kerana muka mirip Nobita

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker