Pesawat tentera terhempas, Naib Presiden Malawi terkorban
MALAWI: Naib Presiden Malawi, Saulos Chilima, terbunuh dalam nahas kapal terbang, kata Presiden Malawi, Lazarus Chakwera, hari ini selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui serpihan pesawat itu di dalam hutan.
Pesawat tentera yang membawa Chilima, 51, dan sembilan yang lain hilang semalam, selepas ia gagal mendarat di bandar utara Mzuzu akibat cuaca buruk dan diarah berpatah balik ke ibu negara, Lilongwe.
“Pasukan SAR menemui pesawat itu dan ia musnah sepenuhnya tanpa ada yang terselamat, kerana semua penumpang di dalamnya terbunuh akibat terhentak.
“Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa sedihnya hati ini,” katanya sambil menyifatkan kemalangan itu sebagai ‘tragedi yang dahsyat’.
Gambar yang dikongsi dengan AFP oleh seorang anggota pasukan penyelamat tentera menunjukkan anggota tentera berdiri di cerun yang berkabus berhampiran serpihan pesawat dengan nombor pendaftaran Air Wing Dornier 228-202K Tentera Malawi.
Pasukan penyelamat memasuki hutan yang diselubungi kabus di selatan Mzuzu hari ini, selepas pihak berkuasa menemui menara terakhir tempat ia menghantar isyarat sebelum pesawat itu hilang.
Terdahulu, Komander Tentera, Jeneral Paul Valentino Phiri, berkata negara lain termasuk negara jiran Malawi, membantu usaha mencari, dengan sokongan termasuk helikopter dan dron.
Kumpulan itu berlepas pada jam 9 pagi (0700 GMT) dari Lilongwe semalam untuk menghadiri pengebumian seorang bekas menteri Kabinet kira-kira 370 kilometer (km) dari Mzuzu.
Bekas wanita pertama Malawi, Shanil Dzimbiri, turut berada di dalam pesawat.
Chakwera berkata beliau sebelum ini pernah menaiki pesawat berkenaan untuk perjalanan yang sama. Anak kapal berjaya mengendalikannya hanya beberapa jam sebelum kemalangan itu berlaku, tambahnya.
“Walaupun rekod prestasi pesawat bersih dan anak kapal berpengalaman, sesuatu yang buruk berlaku dengan pesawat itu ketika penerbangannya berpatah balik ke Lilongwe, menyebabkan ia terhempas,” katanya.
Naib presiden yang pertama kali dilantik pada 2014, Chilima adalah tokoh yang disayangi ramai di Malawi, terutama dalam kalangan anak muda.
Pada 2022, semasa menjalankan tugasnya bagi penggal kedua, Chilima dilucutkan kuasanya selepas ditangkap dan didakwa atas tuduhan rasuah berhubung skandal rasuah membabitkan ahli perniagaan British-Malawi.
Bulan lalu, mahkamah Malawi membatalkan pertuduhan dan dia meneruskan tugas rasminya.
“Chilima adalah seorang lelaki baik, seorang bapa dan suami yang setia, seorang warganegara patriotik berkhidmat untuk negaranya dengan cemerlang serta seorang naib presiden yang hebat.
“Saya menganggapnya sebagai satu penghormatan terbesar dalam hidup saya untuk mendapatnya sebagai timbalan dan kaunselor saya selama empat tahun yang lalu,” kata Chakwera. – AFP
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Sanusi buat balik dah
- Saya tak boleh dibeli, dijolok dengan projek – TMJ
- Maut dipercayai dikelar suami
- Ahmadi Religion ada unsur syiah
- Hadi tinggalkan kami selepas dua bulan kehilangan ayah
- Majlis pertunangan tiba-tiba bertukar jadi majlis pernikahan
- Ada cerita sedih disebalik kotak hadiah misteri di Masjid Sri Sendayan
- Peniaga tolak duit yang ada tandatangan Gabenor Bank Negara yang baharu
- Tukang paip terkejut jumpa kepala babi ditemui dalam tangki air rumah
- Jenazah Farida ditemui di dalam perut ular sawa
- Wanita mati hidup semula selama 5 jam kemudian mati semula mengejutkan doktor
- Allahyarham Mohd Rafie Sofian seorang wira jalan raya
- ‘Ayuni Seri’ ugut sebar gambar bogel
- Fitnah maksiat, Puteri Sarah hantar LOD
- Hisap kemaluan pelajar, guru muzik didakwa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis
Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]