Penjimatan subsidi diesel salur kepada pengangkutan awam, STR – Anwar

Penjimatan subsidi diesel salur kepada pengangkutan awam, STR – Anwar

Penjimatan RM4 bilion yang diraih menerusi penyasaran semula subsidi diesel akan dibelanja bagi menampung keperluan kos pengangkutan awam serta Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kos bagi STR yang kini memanfaatkan sembilan juta penerima sudah mencecah belanja RM10 bilion.

“Wang (penyasaran subsidi) itu bukan untuk naikkan elaun menteri atau kementerian lain. Penyasaran subsidi ini untuk pastikan ia tidak diberi kepada maha kaya dan warga asing.

“Jadi penjimatan daripada subsidi diesel ini sebahagiannya untuk menampung keperluan pengangkutan awam atau bantuan kepada rakyat. Sebahagiannya untuk tambah suntikan Sumbangan Tunai Rahmah yang skim ini kini sudah mencecah (belanja) RM10 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan (MOF) di sini, hari ini.

Anwar berkata, penyasaran subsidi diesel adalah langkah ketiga dilaksana kerajaan bagi menstruktur semula agihan subsidi negara, selepas tarif elektrik dengan penjimatan RM4.5 bilion dan pengapungan harga ayam dan telur RM1.2 bilion. BH

Penjimatan subsidi diesel salur kepada pengangkutan awam, STR – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker