Leftenan Jeneral ‘samseng’, berani ugut polis guna pangkat tentera

Pegawai tentera berpangkat Leftenan Jeneral tersebut mengancam polis dan orang awam.

Seorang pegawai kanan tentera Thailand disiasat susulan penyebaran klip  video memaparkan perbuatan dia mengugut anggota polis dan seorang wanita di tepi jalan, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Pegawai berpangkat Leftenan Jeneral itu mengugut untuk memindahkan keseluruhan anggota sebuah balai polis dan turut berkata: “Awak kenal saya siapa?”

Dalam video tersebut, pegawai tentera itu pada awalnya mengundurkan  kenderaannya dan hampir melanggar seorang wanita.

Dia kemudian bertengkar dengan beberapa anggota  polis di lokasi kejadian dan menggunakan pangkatnya  untuk mengugut  pihak berkuasa berkenaan.

Tidak terhenti di situ, pertengkaran mereka berlanjutan hingga ke balai polis, di mana Leftenan Jeneral itu terus memarahi  polis dan menolak semua dakwaan salah laku yang dilakukannya.

Menurut timbalan jurucakap Tentera Darat, Richcha Suksuwan, pegawai terbabit tidak berkhidmat dengan ibu pejabat tentera tetapi berada di bawah Pejabat Setiausaha Tetap Pertahanan.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Jirayu Huangsap pula menjelaskan, kedua-dua pihak tentera dan Pejabat Setiausaha Tetap Pertahanan sedang giat mendapatkan penjelasan dan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai perkara itu, lapor akhbar Khaosod. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker