Kes 2 maut disyaki keracunan makanan: Kerajaan Negeri akan keluar kenyataan

Kes 2 maut disyaki keracunan makanan: Kerajaan Negeri akan keluar kenyataan

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor masih menunggu hasil siasatan Jabatan Kesihatan negeri berhubung kes kematian seorang budak perempuan dan seorang remaja didakwa kerana keracunan makanan daripada bihun dan telur goreng dibawa pulang dari sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gombak, kelmarin.

EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri, Jamaliah Jamaluddin, berkata sebarang tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan berkait insiden berkenan selesai dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).



“Kerajaan negeri maklum mengenai insiden keracunan makanan itu dan sedang berhubung dengan pihak berkaitan untuk maklumat tambahan dan proses siasatan. Kita tunggu dulu laporan JKNS dan maklumkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

“Pejabat saya juga memantau siasatan JKNS bagi memastikan maklumat tepat untuk kes ini diperoleh dan tindakan susulan dapat dijalankan. Kenyataan akan dikeluarkan melalui pejabat saya atau Menteri Besar,” katanya ketika dihubungi hari ini, sambil mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa kejadian itu.

Terdahulu, media melaporkan seorang budak perempuan berusia dua tahun dan remaja 17 tahun maut, dipercayai akibat keracunan selepas memakan bihun dan telur goreng dibawa pulang dari sebuah sekolah kelolaan JAIS.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata pihaknya menerima laporan daripada keluarga kedua-dua mangsa berhubung kejadian itu semalam.



Mangsa pertama berusia 17 tahun memakan makanan dibawa pulang ibunya daripada satu program di sekolah itu dengan kedua-dua mereka bersama bapa remaja berkenaan mengalami cirit-birit selepas memakan makanan itu kelmarin.

Pada jam 1.30 tengah hari semalam, remaja berkenaan dilaporkan mula tidak sedarkan diri lalu bapanya menghubungi talian kecemasan MERS 999. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mangsa kedua anak kepada pengawal keselamatan bertugas di sekolah berkenaan yang mengalami demam, muntah-muntah dan cirit-birit pada jam 10.45 malam kelmarin lalu dibawa ke Hospital Selayang oleh ibunya sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Menurut Noor Ariffin, mayat kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut dan polis setakat ini mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut (SDR). BH



Kes 2 maut disyaki keracunan makanan: Kerajaan Negeri akan keluar kenyataan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker