Harimau Malaya bangkit gigit Taiwan 3-1

KUALA LUMPUR: Harimau Malaya menghidupkan sisa-sisa perjuangan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 apabila bangkit menewaskan Taiwan 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Bagaimanapun, skuad negara yang kini berkongsi 10 mata bersama pasukan tangga kedua Kumpulan D, Kyrgyzstan memiliki peluang yang amat tipis untuk melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan meraih tiket awal ke Piala Asia 2027.

Skuad kendalian Kim Pan Gon kini hanya boleh mengharapkan keajaiban besar berlaku di Muscat supaya Oman membelasah Kyrgyzstan sekurang-kurangnya tujuh gol untuk Harimau Malaya melepasi Kumpulan D.



Pada perlawanan sebentar tadi, Harimau Malaya yang membawa misi untuk meraih kemenangan besar dikejutkan dengan jaringan pembukaan Taiwan pada minit ke-20 menerusi Yu Yao Hsing yang menyudahkan umpanan Kouame Angel Samuel.

Harimau Malaya mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan empat minit selepas itu, tetapi rembatan Safawi Rasid di dalam kotak penalti sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Taiwan.

Malah, beberapa peluang terbaik yang hadir di penghujung babak pertama juga gagal dimanfaatkan jentera serangan skuad negara untuk menghasilkan jaringan penyamaan.

Harimau Malaya akhirnya memecah kebuntuan jaringan lapan minit selepas bersambung babak kedua apabila rembatan jarak jauh Safawi gagal di selamatkan penjaga gol Taiwan, Pan Wen Chieh.



Usaha keras anak buah Pan Gon terus membuahkan hasil dengan Paulo Josue meletakkan skuad negara di depan pada minit ke-69 sebelum pemain gantian, Adib Ra’op mengesahkan kemenangan Harimau Malaya apabila meledak gol ketiga pada masa kecederaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don



Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker