DAP perlu sensitif, JPN perlu proaktif jelaskan isu kewarganegaraan

DAP perlu sensitif, JPN perlu proaktif jelaskan isu kewarganegaraan

Polemik tercetus daripada penganjuran taklimat dan penerangan kewarganegaraan anjuran Pusat Khidmat DUN Stulang dijadualkan 30 Jun ini tetapi ditangguhkan itu, terus menjadi wacana awam meskipun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Andrew Chen Kah Eng dan DAP memberikan penjelasan serta justifikasi mereka. Menurut Kah Eng, taklimat berkenaan diadakan bagi menangani isu tidak memiliki status kewarganegaraan atau sijil kelahiran akibat kecuaian ibu bapa dan sebab lain, manakala DAP Johor pula menganggap program terbabit tidak menyalahi undang-undang.

Secara dasarnya, bantahan dikemukakan sebahagian rakyat, termasuk parti politik itu menunjukkan isu kerakyatan sangat sensitif hingga sebarang tindakan yang berkemungkinan boleh mencetuskan silap faham dan kegusaran masyarakat perlu dielakkan ibarat pepatah ‘berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati’. Malah, tindakan DAP menganjurkan taklimat dan penerangan itu juga menimbulkan tanda tanya sejauh mana apa dijelaskan wakil itu bertepatan prosedur sebenar kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sendiri menafikan pihaknya bekerjasama dalam program berkenaan.

Atas dasar itu, pihak seperti Pemuda UMNO Johor yang partinya berada dalam komponen Kerajaan Perpaduan sendiri mendesak program dibatalkan serta-merta, bukan hanya ditangguhkan kerana menyifatkannya sebagai satu bentuk provokasi yang akan mengundang ketidaktenteraman. Ini kerana penyebaran poster program itu pada awalnya mencetuskan kekhuatiran sebahagian masyarakat bahawa kononnya bertujuan memberikan taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing.

Hakikatnya, kebimbangan itu ada latar belakang sejarahnya kerana kewujudan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini memang menjadi isu tidak berkesudahan hingga kerajaan mengadakan pelbagai program, termasuk Pelan Rekalibrasi PATI, manakala isu sejumlah warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia pernah menggemparkan umum. Malah, kita yakin masyarakat membaca berita setiap kali pihak berkuasa seperti imigresen dan polis menyerbu lokasi seperti pusat hiburan, premis perniagaan serta penempatan haram, pasti ada sahaja tangkapan dalam kalangan PATI atau pekerja yang sudah tamat visa.

Justeru, kita meminta JPN mengambil tindakan proaktif, bukan semata-mata menafikan pihaknya bekerjasama dalam penganjuran program permohonan kewarganegaraan yang hanya boleh dilakukan di kaunter pejabat JPN dengan kehadiran pemohon. Dalam hal ini, ada baiknya JPN menjelaskan setiap isu kewarganegaraan dibangkitkan DAP berserta prosedur perlu diikuti pemohon supaya parti terbabit dan pihak yang membantah program itu tahu letak duduk sebenarnya.

Kita mengakui semua parti politik terutama yang memenangi sesuatu Dewan Undangan Negeri (DUN) atau kawasan Parlimen mempunyai hak untuk menganjurkan sebarang aktiviti berkaitan kebajikan serta kepentingan penduduk termasuk pengundinya. Bagaimanapun, kita menasihatkan semua pihak lebih cermat dalam merancang dan melaksanakan sebarang program yang mempunyai risiko boleh mencetuskan kegusaran umum, manakala taklimat berkaitan kerakyatan pula lebih baik diserahkan kepada JPN atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertanggungjawab melaksanakan semua perkara berkaitan warganegara mengikut peraturan ditetapkan. BH

DAP perlu sensitif, JPN perlu proaktif jelaskan isu kewarganegaraan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker