Calon kerajaan perpaduan di Sg Bakap dah diputuskan

Kerajaan perpaduan sudah memuktamadkan calon yang akan mewakili mereka dalam pilihan raya kecil yang diadakan tidak lama lagi.

Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Asyraf Wajdi Dusuki berkata identiti calon terbabit akan diumumkan secara rasmi pada malam esok.

Katanya keputusan berkenaan dicapai dalam mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang berlangsung di Seri Perdana, Putrajaya hari ini dan melibatkan pimpinan tertinggi PH dan BN.



“Calon yang akan mewakili kerajaan perpaduan pada PRK berkenaan telahpun dimuktamadkan dan akan diumumkan secara rasmi pada 12 Jun jam 9 malam,” katanya.

Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung Umno menambah Rafizi Ramli dan Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai pengerusi bersama jawatankuasa induk jentera pilihan raya kerajaan perpaduan.

PRK Sungai Bakap diadakan ekoran kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff, pada 24 Mei lalu selepas lebih tiga minggu dirawat di di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.

Dalam pilihan raya negeri yang diadakan pada 12 Ogos tahun lalu calon PAS yang mewakili PN itu mengalahkan Nurhidayah Che Ros dengan perbezaan 1,563 undi.



Nor Zamri memperoleh 15,433 undi manakala Nurhidayah 13,870 undi.

Menurut Asyraf Wajdi, di peringkat negeri pula, kerajaan perpaduan bersetuju melantik dua pemimpin PH dan BN di Pulau Pinang untuk menyelaraskan gerak kerja parti.

“Pengerusi operasi bersama bagi mewakili kerajaan Pulau Pinang ialah Dr Mohamad Abdul Hamid dan Musa Sheikh Fadzir,” katanya.

Untuk rekod Mohamad merupakan timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang merangkap timbakan ketua menteri negeri itu, manakala Musa adalah ketua perhubungan Umno negeri.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis



Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don

Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]



‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker