Suami ugut tetak, bunuh isteri kerana kacau tidur didenda RM4,000

Suami ugut tetak, bunuh isteri kerana kacau tidur didenda RM4,000

BATU PAHAT: Penyelia kilang didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut mahu menetak dan membunuh isterinya, Rabu lalu.

Tertuduh, Mohamad Hairul Azizi Othman, 30, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.



Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa cuba menakutkan secara jenayah terhadap isterinya dengan kata-kata ‘aku nak tetak, aku nak bunuh kau’ di sebuah rumah di Parit Sumarto, Parit Raja, di sini, 11.30 malam, 5 Jun lalu.

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dengan penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian tercetus ketika pengadu yang juga isteri mangsa berusia 30 tahun berada di rumah bersama tertuduh dan anak-anak.

Tertuduh dan isteri berselisih faham sebelum mengeluarkan kata-kata terbabit kerana berang wanita itu mengganggu dia tidur serta melarangnya keluar rumah.



Tindakan itu menimbulkan kemarahan terhadap tertuduh menyebabkan dia hilang sabar lalu mengugut isterinya.

Disebabkan ugutan itu, mangsa gementar lalu membuat laporan di Balai Polis Parit Raja. Bertindak atas laporan dibuat, polis menahan tertuduh keesokan hari bagi membantu siasatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam Zulyatie Awang.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah agar menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kata-kata ugutan yang boleh menimbulkan ketakutan kepada mangsa.



Selepas mengambil kira hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda dan juga mengarahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayarnya. BH

Suami ugut tetak, bunuh isteri kerana kacau tidur didenda RM4,000

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Video gaduh viral, 2 lelaki bertumbuk di kedai runcit ditahan polis

Ustaz Kazim cerita kisah Ustaz Don



Telefon bimbit disambar peragut di Pasar Seni berjaya dirakam dashcam kereta [VIDEO]

‘Bila bercinta jadi ustaz, putus sibuk hip hop’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker