Tengku Zafrul pertahan pembabitan BlackRock dalam MAHB
Tengku Zafrul pertahan pembabitan BlackRock dalam MAHB
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan BlackRock, firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel, memiliki pegangan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Sebelum ini, timbul kritikan menentang penyertaan BlackRock, menerusi anak syarikat penuhnya Global Infrastructure Partners (GIP), dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.
Mereka mendakwa walaupun GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (Adia) hanya memiliki 30% pegangan, ia membenarkan kemasukan BlackRock dalam pengurusan dan memiliki 39 lapangan terbang di Malaysia.
Pengkritik juga menuduh BlackRock, firma pelaburan berpangkalan di New York, ‘mengambil untung daripada genosid’ menerusi pegangannya dalam syarikat persenjataan Amerika Syarikat, yang didakwa membekalkan senjata kepada Israel.
Bagaimanapun, Tengku Zafrul, menekankan BlackRock adalah syarikat senaraian awam dan tidak dimiliki rakyat Israel.
Beliau juga merujuk bahawa dana kekayaan dari Abu Dhabi, Kuwait, Arab Saudi, dan Qatar juga memiliki kepentingan saham BlackRock.
Katanya, BlackRock juga merupakan pemegang saham terbesar Apple.
“Semua yang memiliki (produk) Apple, jika anda benar-benar menentang, anda tidak sepatutnya menggunakannya. Siapa pemegang saham terbesar WhatsApp? Siapa pemegang saham terbesar Facebook?
“Jadi, di mana kita nak putuskan garis pemisah? Dalam dasar, di mana kita gariskannya?” katanya dalam Madani Economy Townhall di Universiti Malaya ketika ditanya untuk menjelaskan rundingan penswastaan MAHB.
Tengku Zafrul berkata, penting bagi kerajaan menjelaskan merit rundingan berkenaan, “dan saya fikir mereka telah lakukan”.
“Namun, sudah tentu, mungkin kita kena buat lebih lagi. Bagi saya, kita perlu lihat perkara ini secara holistik,” katanya.
Sebelum ini, Khazanah memberikan jaminan GIP, sebagai rakan konsortium tidak mempunyai kuasa menentukan pengurusan MAHB apabila rundingan dimuktamadkan.
Beberapa pemimpin Perikatan Nasional, termasuk Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Afnan Hamimi Taib Azamudden, menggesa Putrajaya menangguhkan penjualan saham kepada GIP.
Bekas Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming juga membuat gesaan terhadap kerajaan supaya Khazanah dan KWSP mengadakan sidang media menjelaskan rundingan tersebut secepat mungkin, berbanding memberi peluang kepada pembangkang ‘menguasai naratif’, menjelang sidang Parlimen akan datang. FMT
Tengku Zafrul pertahan pembabitan BlackRock dalam MAHB
Baca Artikel Menarik:
- Ibrahim nak tolong Anwar punggah ‘duit’ Mahathir dari luar negara
- Janganlah macam ini Tuan Guru
- Kena buka tudung pulak, keluh Norish Karman
- Britney Spears bikin kecoh
- Mahathir minta Anwar bawa balik berbilion duit curi
- Tentera tendang kepala seorang lelaki depan orang ramai
- Tunjuk ‘kemaluan’ dan bercakap lucah ketika panggilan video, ‘content creator’ ditahan polis
- Pulangkan semula, bukan hak kita
- Cliff Umar mengaku miliki heroine, berdepan penjara 5 tahun
- Hassan betul tentang kes pengiring kerabat raja pukul OKU, tapi…
- Ini punca mengapa Cameron Highland sesak teruk menjelang cuti sekolah
- Tajuddin mahu kembali kepada UMNO
- Ozlynn bongkar sikap sebenar Johan
- ‘Sidai’ murid tengah panas, KPM akan ambil tindakan
- Ketahuilah 8 Selebriti Terkenal Ini Miliki Otak Geliga Dalam SPM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?
You must be logged in to post a comment.