Penduduk Kampung Sri Makmur bengang dengan bukti diminta MB Selangor

Penduduk Kampung Sri Makmur bengang dengan bukti diminta MB Selangor

Penduduk Kampung Sri Makmur di Gombak, dekat sini, yang terkesan dengan perobohan rumah baru-baru ini mempersoal kembali kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shaari berhubung bukti mereka adalah penduduk asal yang wajar mendapat penempatan semula.

Ini kerana, apa yang diminta oleh Amirudin itu sudah terlambat dan menyifatkan segalanya ibarat ‘nasi sudah menjadi bubur’.



Ketua UMNO Cawangan Kampung Sri Makmur, Mohd Mulana Shafie berkata, apa yang dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor itu tidak masuk akal kerana penduduk yang terlibat sudah tidak punya apa lagi selepas perobohan dilakukan.

Katanya, mereka semua kecewa dengan situasi yang berlaku dan hanya mampu berdoa kepada tuhan di atas penganiayaan oleh pihak yang diamanahkan dan diberi kuasa.

“Kenapa selepas perobohan dibuat baru nak minta itu dan ini. Sepatutnya sebelum berlaku (perobohan) perkara ini boleh dibincangkan terlebih dahulu. Tetapi, kerana kuasa mereka telah melakukan semua ini kepada kami.

“Apa yang dikatakan oleh Menteri Besar itu sudah tidak ada lagi gunanya buat kami penduduk yang telahpun teraniaya di sini.



“You MBlah, you Pengerusi Perbadanan Negeri Selangorlah, tapi bila pada hari perobohan kita buat panggilan telefon tak seorang pun angkat telefon di pejabat,” katanya yang merupakan wakil penduduk yang terlibat dengan perobohan.

Menurut Mohd Mulana, dia kesal dengan sitausi yang berlaku kerana kebanyakan penduduk yang terlibat dengan perobohan itu adalah mereka yang banyak membantu kerajaan negeri dari bentuk sokongan dan sebagainya.

Katanya, beliau tidak menyangka sokongan yang diberikan kepada kerajaan dibalas pula dengan kezaliman dan ini merupakan sesuatu yang tidak adil buat mereka.

“Penduduk yang terlibat ni minta keadilan saja, bukan kita minta banglo pun. Dahlah sebelum ini tidak ada perbincangan dengan penduduk dibuat, alih-alih kami dikejutkan dengan perobohan yang semacam ini.



“Mereka kena ingat kami di sini adalah pengundi, tak patut buat kami macam ini, sedangkan kami bekerja keras untuk memenangkan mereka.

“Lagipun saya di sini sebagai pemimpin masyarakat, kena duduk bincang dulu..kalau ada hak penduduk yang layak kita bagilah, kalau tiada yang layak kamu berilah alasan yang munasabah,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Mulana yang juga Penasihat Komuniti kampung berkenaan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemimpin-pemimpin parti politik khususnya pembangkang yang mengambil berat terhadap nasib penduduk di kampung berkenaan apabila turun padang bertemu mereka.

Ujarnya, pemimpin-pemimpin berkenaan antaranya Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Hilman Idham telah menunjukkan sokongan terhadap penduduk yang kini masih belum mendapat pembelaan sepatutnya.



“Kita bukannya nak berpolitik dalam hal ini, tapi ini hal kemanusiaan. Kalau ada hak kami janganlah diambil sesuka hati,” tambahnya.

Semalam, media melaporkan Amirudin dipetik sebagai berkata, baki keluarga yang mendakwa terkesan dengan perobohan rumah di Kampung Sri Makmur perlu membuktikan mereka adalah penduduk asal yang wajar mendapat penempatan semula selain tidak mendapat pampasan daripada mana-mana pihak.

Menurut Amirudin, pihaknya bersedia untuk melihat kembali bantuan yang boleh diterima keluarga berkenaan kerana itu merupakan tugas hakiki sebagai kerajaan negeri.

“Kita bersedia melihat balik apa boleh dibantu, tetapi bukanlah saya janji okey baik saya ganti tetapi kita cakap kena buktikan mereka penduduk asal (yang) wajar dapat penempatan dan tidak dapat pampasan lain.



“Itu antara syarat kita letakkan, jadi (sesetengah mereka) prasyarat itu tidak dipenuhi (jadi) ditolak. Bukannya kesilapan kita, tapi yang 21 (penduduk) yang telah dapat itu (penuhi syarat). Alhamdullilah kita telah beri (pampasan),” katanya kepada pemberita di sini hari ini. MG

Penduduk Kampung Sri Makmur bengang dengan bukti diminta MB Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ustaz selebriti didakwa kuat ‘merapu’ bila berdakwah?

Kedai makan balas komen pelanggan dengan biadap

BCL bikin hal lagi dalam kelab malam

Buat ‘projek’ dalam kawasan masjid (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker