PROTON lancar kereta lumba S70 dibangunkan R3 Motorsports
PROTON lancar kereta lumba S70 dibangunkan R3 Motorsports
Proton Holdings Bhd (PROTON) melancarkan kereta lumba PROTON S70 R3 yang dibangunkan oleh R3 Motorsports pada Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024).
Proton S70 R3 adalah kereta lumba serba baharu pertama Proton R3 sejak Proton Saga R3 pada 2019, menandakan kembalinya jenama berkenaan ke perlumbaan S1K sejak tahun itu.
Setakat hari ini, Proton R3 meraih lima kemenangan lebih banyak daripada pasukan yang lain, termasuk meraih kemenangan selama tiga tahun berturut-turut dari 2017 hingga 2019.
Jentera lumba serba baharu ini adalah terusan dari legasi perlumbaan PROTON, yang bermula dari era sebelum R3 apabila syarikat bersaing dalam rali dan perlumbaan litar dengan Proton Saga.
Masih lagi dalam pembangunan, kereta yang dipamerkan menampilkan evolusi terbaharu pakej aerodinamik yang disesuaikan untuk kereta lumba ini.
Dua unit kereta baharu ini bakal diperjuangkan oleh pasukan pada perlumbaan Sepang 1,000 kilometer tahun ini.
“PROTON mempunyai sejarah panjang dalam sukan permotoran, bermula dengan Proton Saga dan penglibatan kami semakin meningkat dengan penubuhan Proton R3 pada tahun 2003.
“Sejak itu, kami telah bersaing dan menang pelbagai pertandingan hingga ke peringkat global dengan model seperti Proton Satria, Waja, Suprima S, Iriz, dan versi terbaru Saga. Kini dengan Proton S70 R3, kami menambah satu lagi pencapaian dalam legasi kami, menandakan bukan sahaja kembalinya nama PROTON ke acara S1K tetapi juga kereta lumba pertama berdasarkan model yang dibangunkan bersama oleh PROTON dan Geely,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah.
Pembeli dan pengunjung dapat meningkatkan pengalaman di MAS 2024 dengan promosi eksklusif dan ganjaran daripada PROTON sepanjang acara itu.
Pengunjung yang terus membuat tempahan model PROTON akan menerima hadiah eksklusif seperti pelindung matahari, pembaca tol, dan pengecas tanpa wayar untuk model terpilih.
Promosi istimewa juga ditawarkan khusus untuk tempahan yang dibuat di MAS 2024 dengan pendaftaran sebelum 30 Jun 2024 termasuk penyelenggaraan percuma selama dua tahun untuk model X50, X70, dan X90 serta baucar tunai RM500 untuk model PROTON S70, Saga, dan Persona. BH
PROTON lancar kereta lumba S70 dibangunkan R3 Motorsports
Baca Artikel Menarik:
- Anwar cari keluarga tular bawa anak ‘bertiub’
- Saya hanya akan hantar minyak sawit dua sudu kepada kamu supaya jadi cerdik
- Ryzal Ibrahim pergi Mekah balik hari beli minyak Wangi (Video)
- Keluarga penggali kubur mati dalam lokap dapat ganti rugi RM197,600
- Pramugari MAS meninggal dunia ketika transit di Tokyo
- Israel nafi jadi dalang tragedi yang meragut nyawa Presiden Iran
- Ustaz Ebit Lew buat panggilan video dalam keadaan ‘beronani’, mahkamah diberitahu
- Masak di stesen minyak, ‘siibodoh berempat’ didakwa esok
- Teguran doa dikubur orang kafir, penganjur jawab mufti
- Pengajuran parti ‘Pinkfish Express’ dalam gerabak KTMB dikutuk [VIDEO]
- Azalina perlu ditukar – UMNO Cawangan SS9A Damansara
- 10 paling kaya Asia
- Yuna dilabel gila tolak kerjasama jenama terkemuka
- Guru tadika duduk atas badan budak, paksa makan oren
- Ning Baizura tampil jelas isu ‘Siapa Rafah’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis
Indonesia tuduh Malaysia punca industri semikonduktor mereka lemah