Nunez buat tak tahu kepada Klopp

Nunez buat tak tahu kepada Klopp

Darwin Nunez mencetus spekulasi berkenaan masa depannya di Liverpool berdasarkan reaksinya ketika memberi penghormatan kepada pengendali, Jurgen Klopp.

Pengendali dari Jerman itu diberi penghormatan oleh pasukan dan peminat selepas perlawanan terakhirnya bersama Liverpool musim ini.



Klopp, 56, berjalan di antara barisan hormat pasukannya selepas menewaskan Wolves 2-0 di Anfield. Dia diberi tepukan gemuruh oleh pemain dan penonton – kecuali Nunez.

Penyerang Uruguay itu turut tidak mengambil kesempatan untuk bertepuk tangan apabila Klopp berjalan kali kedua melalui barisan berkenaan.

“Semua pemain memberi tepukan kepada Klopp ketika barisan hormat. Setiap pemain, kecuali seorang. Teka siapa?” kata salah seorang peminat.

Pakar bahasa badan, Darren Stanton berkata, perbuatan Nunez itu menunjukkan dia tidak kisah dengan perpisahan berkenaan.



“Darwin Nunez menunjukkan seolah-olah dia tidak mahu berada dalam situasi itu – mengucapkan tahniah kepada Jurgen Klopp.

“Dia tidak rasa apa-apa dengan perpisahan berkenaan, tidak mahu bertepuk tangan untuk Klopp menggambarkan perasaannya ketika itu.

“Saya rasa kita dapat lihat ada isu antara pemain dan pengendali, salah satu cara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati ialah dengan tidak menyertai ahli pasukan lain,” kata Stanton.

Nunez sebelum ini memadamkan kesemua gambarnya yang berkaitan dengan Liverpool di media sosial.



Media British pada awal bulan ini melaporkan, Barcelona bersedia menandatangani bekas penyerang Benfica itu sebagai pengganti Robert Lewandowski. BH

Nunez buat tak tahu kepada Klopp

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang



Ternganga tengok Dolla menari

Indonesia tuduh Malaysia punca industri semikonduktor mereka lemah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker