Ebit Lew hantar 70 mesej lucah ketika Ramadan, dakwa saksi

Ebit Lew hantar 70 mesej lucah ketika Ramadan, dakwa saksi

TENOM: Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini, pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, menghantar kira-kira 70 mesej berunsur lucah menerusi aplikasi WhatsApp kepadanya antara jam 10.57 malam hingga 12 tengah malam pada 19 April 2021.

Wanita berusia 40-an itu selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah itu.

Saksi itu berkata, walaupun ketika itu Ramadan, Ebit tetap menghantar mesej seperti itu kepadanya dan berasakan ayat-ayat lucah dan memuji dalam mesej itu mengaibkan kehormatannya.

Pengadu itu berkata, dia melihat karektor Ebit di media sosial sangat berbeza berbanding mesej dihantar pendakwah itu, yang dilihat sering menyebut isterinya sebagai bidadari.

“Apabila dia (Ebit) mesej macam itu, seolah-olah dia anggap perempuan ini hanya tujuan seks semata-mata,” katanya dalam pemeriksaan utama itu.

Wanita itu berkata, selain menghantar mesej pada awal pagi hingga ke malam, Ebit juga didakwa membuat panggilan telefon kepadanya dan menggunakan bahasa lucah.

Pada prosiding hari ini, Zahida memohon pertuduhan pertama terhadap Ebit dipinda secara lisan pada bahagian waktu, iaitu dari jam 6 pagi kepada jam 8.07 pagi.

Mahkamah membenarkan pindaan itu dibuat selepas saksi memberi keterangan, iaitu kronologi kejadian dia menerima gambar kemaluan tertuduh pada 29 Mac 2021, jam 8.07 minit pagi.

Ebit, 38, berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac hingga Jun 2021.

Pendakwah itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. BH

Ebit Lew hantar 70 mesej lucah ketika Ramadan, dakwa saksi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penjenayah samun kedai runcit di Kampung Baru berjaya ditangkap polis

Arab Saudi makin gila, anjur fesyen pakaian renang

Ternganga tengok Dolla menari

Indonesia tuduh Malaysia punca industri semikonduktor mereka lemah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker