10 paling kaya Asia

10 paling kaya Asia

Kekayaan di Asia selalu menjadi tumpuan global, dengan ramai tersenarai sebagai bilionair oleh Forbes. Mukesh Ambani mengetuai senarai sebagai orang terkaya di Asia hingga Mei 2024, dengan nilai kekayaan AS$110.4 bilion (kira-kira RM517 bilion).

Berikut senarai orang terkaya di Asia pada tahun ini (setakat 13 Mei lalu) yang dikeluarkan oleh Forbes:

1. Mukesh Ambani

Sumber kekayaan: Pelbagai

Umur: 66

Tempat tinggal: Mumbai, India

Kewarganegaraan: India

Kekayaan: AS$110.4 bilion (kira-kira RM517 bilion)

Mukesh Ambani, Pengerusi dan Pengarah Urusan Reliance Industries, adalah orang terkaya di Asia. Beliau menceburi Liga Perdana India (IPL) apabila memiliki kelab kriket Mumbai Indians pada 2008.

2. Gautam Adani

Sumber kekayaan: Infrastruktur, komoditi

Umur: 61

Tempat tinggal: Ahmedabad, India

Kewarganegaraan: India

Kekayaan: AS$77.3 bilion (kira-kira RM362 bilion)

Gautam Adani mengetuai Kumpulan Adani, sebuah perusahaan bernilai AS$81 bilion (kira-kira RM379 bilion) merangkumi pelabuhan, lapangan terbang, sektor tenaga dan inisiatif hijau.

3. Zhong Shanshan

Sumber kekayaan: Minuman, farmaseutikal

Umur: 68

Tempat tinggal: Hangzhou, China

Kewarganegaraan: China

Kekayaan: AS$67.3 bilion (kira-kira RM315 bilion)

Zhong Shanshan, individu di sebalik Nongfu Spring, sebuah firma air botol, menduduki tempat ketiga terkaya di Asia dan individu terkaya di China.

4. Prajogo Pangestu

Sumber kekayaan: PT Barito Pacific

Umur: 79

Tempat tinggal: Jakarta, Indonesia

Kewarganegaraan: Indonesia

Kekayaan: AS$62.2 bilion (kira-kira RM291 bilion)

Prajogo Pangestu, taikun tenaga dan petrokimia, adalah orang terkaya di Indonesia. Memulakan perniagaan perkayuan, hari ini, syarikatnya, PT Barito Pacific, adalah antara peneraju dalam petrokimia, pengeluaran plastik, perlombongan, dan tenaga termal di Indonesia.

5. Colin Zheng Huang

Sumber kekayaan: e-dagang

Umur: 43

Tempat tinggal: Shanghai, China

Kewarganegaraan: China

Kekayaan: AS$48 bilion (kira-kira RM225 bilion)

Colin Huang ialah pengasas PDD Holdings, sebuah organisasi e-dagang China yang terkenal selepas menukar namanya daripada Pinduoduo pada Februari 2023.

6. Zhang Yiming

Sumber kekayaan: TikTok

Umur: 39

Tempat tinggal: Beijing, China

Kewarganegaraan: China

Kekayaan: AS$43.4 bilion (kira-kira RM203 bilion)

Zhang Yiming, penggerak di belakang gergasi teknologi China ByteDance, paling dikenali kerana

melahirkan aplikasi TikTok yang sangat popular.

7. Ma Huateng

Sumber kekayaan: Permainan dalam talian

Umur: 52

Tempat tinggal: Shenzhen, China

Kewarganegaraan: China

Kekayaan: AS$40.7 bilion (kira-kira RM190 bilion)

Ma Huateng, dikenali sebagai Pony Ma, mengetuai Tencent Holdings iaitu syarikat internet China. Beliau menyelia WeChat, aplikasi pemesejan yang digunakan secara meluas dengan 1.3 bilion pengguna.

8. Li Ka-Shing

Sumber kekayaan: Pelbagai

Umur: 95

Tempat tinggal: Hong Kong

Kewarganegaraan: Hong Kong

Kekayaan: AS$37.9 bilion (kira-kira RM177 bilion)

Li Ka-Shing, ketika berusia 21 tahun, melancarkan Cheung Kong Plastics, dinamakan sempena Sungai Yangtze, dengan simpanan dan pinjaman sebanyak AS$6,500 (kira-kira RM30,438) daripada saudara-mara pada tahun 1950.

9. Tadashi Yanai dan keluarga

Sumber kekayaan: Peruncitan fesyen

Umur: 75

Tempat tinggal: Tokyo, Jepun

Kewarganegaraan: Jepun

Kekayaan: AS$37.9 bilion (kira-kira RM177 bilion)

Tadashi Yanai ialah individu penting di sebalik Fast Retailing, sebuah empayar pakaian terkemuka yang disenaraikan di Tokyo yang menyelia rangkaian Uniqlo. Portfolio Fast Retailing kini meliputi jenama seperti Theory, Helmut Lang, J Brand dan GU.

10. Savitri Jindal dan Keluarga

Sumber kekayaan: Keluli

Umur: 74

Tempat tinggal: Hisar, India

Kewarganegaraan: India

Kekayaan: AS$35.1 bilion (kira-kira RM164 bilion)

Balu kepada pengasas, Om Prakash Jindal iaitu Savitri Jindal, kini mempengerusikan Kumpulan Jindal. Perniagaan kumpulan itu merangkumi keluli, kuasa, simen dan infrastruktur. HM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan

Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker