Bersatu pecat, saya bebas – Abdul Rashid
Bersatu pecat, saya bebas – Abdul Rashid
Adun Selat Klang, Abdul Rashid Asari sedia dipecat daripada Bersatu kerana berpendapat tindakan itu akan memudahkannya bergerak ataupun menyertai parti lain.
Bagaimanapun bekas pengerusi Bersatu Selangor itu menegaskan keahliannya belum terlucut disebabkan berceramah di pentas kerajaan perpaduan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.
Dia juga mendakwa tindakannya turun berceramah di pentas kerajaan perpaduan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Bersatu.
“(Sebelum) saya berceramah saya dah semak perlembagaan, sebenarnya dalam perlembagaan tak ada Slsatu klausa atau pun fasal yang menyebut tentang ceramah, tak ada.
“Tak ada diperuntukan (perlembagaan parti) di mana saya tak boleh berceramah, jadi bila tak ada peruntukan yang menghalang saya daripada berceramah maka saya pergilah berceramah,” katanya dalam satu wawancara bersama Malaysiakini.
Jelasnya Fasal 10 Perlembagaan Bersatu menyatakan parti hanya boleh memecat ataupun keahliannya terhenti jika dia mengumumkan secara terbuka keluar parti ataupun menyertai mana-mana parti politik lain.
Tegas Abdul Rashid dia tidak pernah keluar parti atau menyertai mana-mana parti politik yang boleh menyebabkan dia dipecat ataupun keahlian terlucut secara automatik.
Pada 9 Mei lalu, Bersatu mendakwa keahlian Abdul Rashid dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi terlucut berkuat kuasa serta merta kerana menghadiri kempen PH di Kuala Kubu Bharu.
Setiausaha Agung parti itu Hamzah Zainudin berkata kedua-dua mereka mesti mengosongkan kerusi untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan di kawasan yang dimenangi mereka.
Mengulas lanjut, Abdul Rashid, berkata dakwaan Bersatu bahawa keahlian mereka terlucut secara automatik hanya tanggapan parti itu saja.
“Kalau mereka kata keahlian saya terhenti itu tanggapan mereka (Bersatu) saja, perlembagaan (parti) tak halang saya berceramah,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Abdul Rashid turut menegaskan pindaan perlembagaan yang dibuat oleh Bersatu baru-baru ini juga tidak boleh mengaitkannya dengan sebarang salah laku.
“(Kalau) kata saya tak patuh pada arahan majlis tertinggi atau sebagainya tetapi peraturan-peraturan arahan-arahan ini mestilah secara bertulis. Jelas, di sini semua arahan hendaklah dibuat secara bertulis.
“Sampai hari ini tiada arahan, (Saya) tak melanggar apa-apa arahan…tak ada arahan bertulis you tak boleh berceramah,” katanya lagi.
Sementara itu ditanya sama ada dia tidak risau jika dipecat daripada Bersatu susulan tindakannya ketika ini, Abdul Rashid berkata, dia sedia berdepan sebarang tindakan.
“Saya tak kisah nak pecat, pecatlah. Kalau saya dipecat saya bebas, saya boleh pilih parti mana saya nak masuk,” katanya sambil memaklumkan yang dia tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti lain buat masa ini.
Katanya, jika Lembaga Disiplin Bersatu memecatnya, kedudukannya sebagai wakil rakyat tidak terjejas.
Jelasnya, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa hanya speaker yang boleh mengisytiharkan kerusi mana-mana wakil rakyat kosong. Mk
Bersatu pecat, saya bebas – Abdul Rashid
Baca Artikel Menarik:
- Kasino Forest City, ini kata Onn Hafiz
- Bas Thailand dibenarkan bawa pelancong negara itu ke seluruh Malaysia – MOT
- Perima buah pinggang babi pertama meninggal dunia
- Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemui di perairan Bangladesh
- Lelaki dibaham buaya ketika menangkap ikan
- Fadhlina Sidek gagal?
- Dua gambar Anwar timbulkan tanda tanya
- Buat konsert dalam gereja, Ini jawapan balas Alif Satar
- Lee Zii Jia tekad bawa pulang emas Olimpik Paris 2024
- Ini penjelasan mudah mengenai Akaun Fleksibel KWSP
- Pemimpin PKR akui Najib banyak jasa pada masyarakat India, Anwar hanya kekurangan masa
- Izzue Islam sanggup bawa bini demi elak ‘penyondol’
- Pembantu rumah Thai warisi harta majikan hampir RM13 juta
- Hamidin dedahkan ada individu yang berniat jahat terhadap Harimau Malaya
- Rujuk semula dengan Syamsul, ini respons Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.