Zulqaedah bulan menuai pahala

Zulqaedah bulan menuai pahala

Zulqaedah adalah bulan ke-11 dalam kalendar Islam dan merupakan salah satu dari empat bulan haram yang juga digelar al-Asyhur al-Hurum. Empat bulan haram itu adalah, Zulqaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Dinamakan Zulqaedah kerana orang-orang Arab pada bulan ini duduk (istirehat) dengan tidak melakukan sebarang perjalanan, tidak berperang dan tidak mengumpulkan makanan.

Firman Allah S.W.T. dalam surah at-Taubah: 36 menyebutkan tentang bulan haram ini dengan mafhum Nya,

“Sesungguhnya jumlah bulan menurut Allah ialah 12 bulan (sebagaimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi (menganiaya) dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”

Salah satu sebab kenapa bulan-bulan ini diharamkan berperang agar perlaksanaan haji di Mekah dapat berlangsung dengan aman dan damai. Itu kerana selang waktu antara Zulqaedah dan Muharam sudah cukup untuk mengamankan perlaksanaan haji. Dan kerana itu jugalah bulan ini turut dikenali sebagai pintu gerbang bulan haji.

Dalam ayat di atas Allah telah berfirman bahawa “Maka janganlah kamu menzalimi atau menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat ini”.

Menurut ulama, maksud menzalimi diri sendiri adalah jangan melakukan perbuatan maksiat. Itu kerana maksiat yang dilakukan dalam bulan yang empat ini dosanya lebih besar daripada melakukan maksiat di bulan yang lain.

Dan sebaliknya jika seseorang melakukan kebaikan di bulan yang empat ini maka pahalanya pula akan dilipatgandakan berbanding bulan yang lain. menurut Ibnu Abbas r.a.

“Allah mengkhususkan empat bulan tersebut sebagai bulan haram, dianggap sebagai bulan suci. Melakukan maksiat pada bulan tersebut dosanya akan lebih besar dan amalan soleh yang dilakukan akan menuai pahala yang lebih banyak”

Keistimewaan Zulqaedah

Pertama: Pahala dan dosa dilipatgandakan.

At-Thabari menyebutkan dalam tafsirnya bahawa Zulqaedah adalah salah satu bulan haram. Ia adalah bulan yang dijadikan Allah sebagai bulan suci lagi diagungkan kehormatannya. Di mana di dalamnya amalan-amalan yang baik akan dilipatgandakan pahalanya sedangkan amalan-amalan buruk akan dilipatgandakan dosanya.

Allah memerintahkan manusia untuk tidak menzalimi diri sendiri baik melakukan peperangan mahupun perbuatan dosa dalam bulan yang empat itu kerana dosanya akan dilipatgandakan. Keempat-empat bulan ini wajib dihormati dan pada waktu itu tidak boleh melakukan peperangan. Ketetapan ini berlaku dalam syariat Nabi Ibrahim a.s. sampai kepada syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Kedua: Bulan Rasulullah s.a.w. menunaikan umrah

Disebabkan kelebihan bulan ini berbanding bulan lain, maka Rasulullah s.a.w. melaksanakan hanya ibadah umrah di bulan Zulqaedah. Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a.

“Bahawa Rasulullah s.a.w. melakukan umrah 4 kali semuanya di bulan Zulqaedah kecuali umrah yang mengiringi haji beliau. Umrah dari Hudaibiyah atau di tahun perjanjian Hudaibiyah di bulan Zulqaedah, umrah di tahun berikutnya di bulan Zulqaedah, umrah dari Ji’ranah di mana beliau membahagi ghanimah Hunain di bulan Zulqaedah dan umrah ketika beliau haji” (HR Bukhari & Muslim)

Ketiga: Bulan munajat Nabi Musa a.s. sebelum menerima kita Taurat

Zulqaedah adalah bulan istimewa bagi Nabi Musa a.s. sebelum Baginda menerima kitab Taurat. Allah menjanjikan kepada Nabi Musa untuk bermunajat setelah berlalu waktu 30 malam. Dan untuk melengkapi ibadahnya Allah sempurnakan jumlah malam itu dengan 10 malam Zulhijjah, maka sempurnalah waktu yang ditentukan Allah selama 40 malam. Firman Allah surah al-A’raf: 142

“Dan Kami telah menjanjikan kepada Musa untuk memberikan kepadanya Kitab Taurat setelah berlalu 30 malam (Zulqaedah) dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan 10 malam lagi (10 malam pertama Zulhijjah), maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya menjadi 40 malam. Dan Musa berkata kepada saudaranya iaitu Harun,

“Gantikanlah aku dalam memimpin kaumku, dan perbaikilah dirimu dan kaummu dan janganlah engkau mengikuti jalan orang-orang yang berbuat kerosakan”. Utv

Zulqaedah bulan menuai pahala

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker