Sambut Hari Ibu dan Bapa tidak bercanggah dengan syarak
Sambut Hari Ibu dan Bapa tidak bercanggah dengan syarak
Hukum menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa adalah dibenarkan dan tidak bercanggah dengan syarak kerana ia bukan termasuk dalam perayaan keagamaan.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah berkata, sambutan itu bagi memuliakan seorang insan yang bergelar ibu serta menzahirkan penghargaan atas segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Begitu juga dengan insan yang bergelar bapa.
Sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa pada zaman kini tiada kaitan dengan agama sebaliknya ia sekadar adat.
“Hukum sambutan Hari Ibu dan Hari Bapaadalah dibenarkan dan tidak bercanggah dengan syarak kerana ia bukan termasuk dalam perayaan keagamaan.
“Seiring dengan perubahan masa, sambutan ini tidak lagi dilaksanakan untuk memperingati para dewi atau dewa bahkan semata-mata disambut bagi memuliakan seorang insan yang bergelar ibu dan bapa serta menzahirkan penghargaan kepadanya atas segala jasa dan pengorbanan yang dilakukan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
“Namun begitu, amalan menghargai jasa dan pengorbanan ibu dan bapa ini tidak terhad pada masa atau tarikh tertentu, malah kewajipannya berpanjangan dan berkekalan sebagaimana yang telah dititikberatkan dalam al-Quran dan Sunnah Nabi SAW,” katanya.
Luqman menjawab persoalan hukum seorang Muslim menyambut perayaan tersebut sama ada dianggap menyerupai golongan kafir.
Menurutnya, Islam memandang tinggi akan darjat dan kemuliaan ibu bapa.
Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis menegaskan tentang kewajipan memuliakan dan berbakti terhadap ibu bapa.
“Allah SWT mengkhususkan perbuatan berbuat baik kepada ibu kerana mereka merupakan golongan banyak melakukan kebajikan, golongan yang lemah dan lebih memerlukan penjagaan dan perhatian.
“Ini sepertimana yang diriwayatkan dalam sebuah hadis di mana Rasulullah SAW bersabda bahawa seorang ibu berhak mendapat layanan kebaikan tiga kali ganda lebih daripada seorang bap,” jelasnya.
Menurut Lukman, terdapat dua pandangan menyambut Hari Ibu iaitu pertama haram jika penglibatan umat Islam dalam apa-apa perayaan yang menyerupai agama lain adalah dilarang menurut syarak.
Kedua harus seperti menurut Jabatan Fatwa Jordan, sekiranya yang dimaksudkan oleh ‘Hari Ibu’ apabila mereka menghargai ibu masing-masing dan menghadiahkan ibu dengan hadiah maka ia bukanlah termasuk dalam istilah perayaan.
“Memuliakan ibu dan bapa pada hari tersebut dalam pengertian ini adalah suatu adat kebiasaan yang tidak bercanggah dengan syarak yang menekankan kepentingan mensyukuri dan menghargai ibu bapa tanpa mengira masa dan tempat.
“Memuliakan ibu bapa pada Hari Ibu dan Hari Bapa bukanlah dianggap satu tasyabbuh yang dilarang kerana sambutan ini tidak melibatkan upacara-upacara khusus dalam agama lain yang bertentangan dengan akidah Islam.Syeikh al-Tibiy menjelaskan bahawa yang dimaksudkan dengan tasyabbuh yang haram adalah meniru syiar agama orang kafir,” jelasnya.
Sambut Hari Ibu dan Bapa tidak bercanggah dengan syarak
Baca Artikel Menarik:
- Kasino Forest City, ini kata Onn Hafiz
- Bas Thailand dibenarkan bawa pelancong negara itu ke seluruh Malaysia – MOT
- Perima buah pinggang babi pertama meninggal dunia
- Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemui di perairan Bangladesh
- Lelaki dibaham buaya ketika menangkap ikan
- Fadhlina Sidek gagal?
- Dua gambar Anwar timbulkan tanda tanya
- Buat konsert dalam gereja, Ini jawapan balas Alif Satar
- Lee Zii Jia tekad bawa pulang emas Olimpik Paris 2024
- Ini penjelasan mudah mengenai Akaun Fleksibel KWSP
- Pemimpin PKR akui Najib banyak jasa pada masyarakat India, Anwar hanya kekurangan masa
- Izzue Islam sanggup bawa bini demi elak ‘penyondol’
- Pembantu rumah Thai warisi harta majikan hampir RM13 juta
- Hamidin dedahkan ada individu yang berniat jahat terhadap Harimau Malaya
- Rujuk semula dengan Syamsul, ini respons Puteri Sarah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.