Halim Saad gagal teruskan saman terhadap Mahathir

Halim Saad gagal teruskan saman terhadap Mahathir

Mahathir Mohamad bersama dua yang lain, berjaya membatalkan saman difailkan Tan Sri Halim Saad, berhubung dakwaan tokoh korporat itu mengalami kerugian selepas diarahkan kerajaan menjual saham miliknya dalam Renong Bhd kira-kira 23 tahun lalu.

Saman itu difailkan Halim yang juga bekas Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Renong terhadap Dr Mahathir; bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan, pada 2 Ogos tahun lalu.

Dalam keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Dr Suzana Muhamad, membenarkan permohonan ketiga-tiga pemohon membatalkan saman itu selepas mendapati satu lagi kes saman difailkan Halim sebelum ini terhadap Khazanah Nasional Berhad, Nor Mohamed dan kerajaan pada tahun 2013, membabitkan isu sama, sudah diputuskan mahkamah.

Katanya, oleh itu apa sahaja isu yang ada, prinsip res judicata (prinsip bahawa kausa tindakan tidak boleh dikemukakan semula antara pihak sama apabila ia sudah dinilai berdasarkan merit) dan alasan tempoh had masa adalah terpakai.

Halim Saad gagal teruskan saman terhadap Mahathir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker