Geng Bala dalang sundal di Johor diberkas polis

Geng Bala dalang sundal di Johor diberkas polis

JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks selepas lapan ahli Geng Bala, termasuk dalangnya diberkas dalam lima serbuan di bandar raya ini dan Kulai di antara 21 April hingga 1 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata dalam operasi itu, pihaknya turut menyelamatkan 13 wanita warga asing berusia 22 hingga 49 tahun yang menjadi mangsa sindiket berkenaan.

Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket terbabit aktif mendalangi persundalan sejak November tahun lalu.

Katanya, sindiket berkenaan menggunakan modus operandi (MO) dengan memperdaya mangsa kononnya menawarkan kerja sebagai operator kilang dan pembantu menerusi ejen.

“Mangsa kemudiannya diuruskan ejen pekerjaan termasuk tiket penerbangan dan pas lawatan untuk memasuki negara ini.

“Apabila tiba di negara ini menerusi pintu masuk antarabangsa, mangsa akan diajar memasuki negara ini untuk tujuan melancong dan diberikan ‘wang tunjuk’ sebelum dibawa ke rumah transit,” katanya di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Kumar berkata, sekiranya kemasukan mangsa ditolak, mereka akan dibawa ke negara jiran sebelum dibawa masuk ke negara ini menerusi laluan tidak diwartakan.

Katanya, ketika berada di rumah transit, pasport serta telefon bimbit mangsa akan dirampas sindiket sebelum mangsa dimaklumkan bahawa tiada lagi pekerjaan sebagai pekerja kilang mahu pun pembantu rumah.

“Akhirnya mereka hanya ditawarkan pekerjaan sebagai pelacur dan sekiranya mangsa enggan, mereka dikehendaki membayar ganti sebanyak RM11,000 sebagai kos perbelanjaan ke negara ini.

“Mangsa terpaksa menjadi pelacur dan hasil siasatan mendapati mereka dipaksa melayan sehingga 35 pelanggan sehari dengan bayaran antara RM100 hingga RM200 seorang , manakala untuk semalaman sebanyak RM300,” katanya.

Kumar berkata, lapan ahli sindiket yang diberkas itu terdiri daripada empat warga tempatan termasuk ketua sindiket dan empat warga asing.

Beliau berkata, polis turut merampas 13 telefon bimbit pelbagai jenama, 41 keping kondom, 24 buah pasport negara asing, wang tunai RM8,730, buku catatan aktiviti pelacuran dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora.

Menurutnya, kesemua mangsa ditempatkan di rumah perlindungan sementara manakala kesemua suspek dituduh di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru hari ini.

“Lima daripada lapan tertuduh didakwa sebanyak 39 pertuduhan iaitu 13 Pertuduhan dibawah Seksyen 12 Atipsom 2007, 22 pertuduhan dibawah Seksyen 12(1)(f) Akta Passport 1966 dan empat pertuduhan dibawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. BH

Geng Bala dalang sundal di Johor diberkas polis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker