Gangguan bekalan air di kawasan Lembah Klang 5-7 Jun

Gangguan bekalan air di kawasan Lembah Klang 5-7 Jun

Tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Selangor, Klang, Kuala Selangor, Petaling dan Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air berjadual sementara pada 5 hingga 7 Jun ini.

Air Selangor dalam kenyataan di Facebook hari ini, memaklumkan gangguan itu berikutan kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) yang bermula jam 9 pagi hingga 7 malam pada 5 Jun.



Menurutnya, pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat bermula pada jam 3 pagi, 6 Jun selepas kerja-kerja berkenaan siap dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air distabilkan.

“Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka mencapai sekitar 20 peratus pada jam 3 petang, 6 Jun diikuti dengan 90 peratus pada jam 3 pagi, 7 Jun.

“Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terbabit adalah dijangka pada jam 12 tengah hari, 7 Jun,” menurut kenyataan itu yang turut menyenaraikan kawasan terbabit dengan gangguan bekalan air berkenaan.

Menurut kenyataan itu, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan di kawasan yang terjejas berbeza, bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.



Air Selangor akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

“Justeru, Air Selangor ingin menasihatkan pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” menurut kenyataan itu.

Bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di kawasan yang terjejas dengan menggunakan lori tangki air masing-masing di empat stesen pengisian air yang akan dibuka di Braemar Estet (Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (Sepang), serta Taman Banting Baru (Kuala Langat).

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat daripada saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/. BH



Gangguan bekalan air di kawasan Lembah Klang 5-7 Jun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search



Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam



Muaz dilarang masuk Singapura?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker