Fenomena Lelaki Itu, tarik 10 juta penonton

Fenomena Lelaki Itu, tarik 10 juta penonton

Selepas 30 episod disiarkan melalui slot Samarinda, drama rantaian Lelaki Itu terus membuktikan fenomena dengan merekodkan 10 juta penonton berdasarkan sumber Nielsen bagi tayangan seminggu mulai 19 Mac lalu, yang dikeluarkan TV3.

Selain itu, drama yang sarat pengajaran itu meraih lebih 1 bilion capaian di laman media sosial sepanjang disiarkan mengikut sumber Meltwater & Sproutsocial bagi tempoh tayangan 1 Mac hingga 26 April lalu.



Sejak mengisi slot Samarinda sempena kempen ‘RaRa Macam Dulu-Dulu’ anjuran Media Prima Berhad (MPB), rata-rata penonton menjadikan Lelaki Itu drama pilihan atas faktor kisah konflik keluarga yang dipaparkan.

Ramai penonton teruja menyaksikan pelakon popular kembali beraksi di televisyen (TV) seperti Datuk Adi Putra, Che Puan Sarimah Ibrahim dan Nur Fazura.

Drama Lelaki Itu adalah hasil karya Erma Fatima yang diarah Along Kamaluddin dan Nur Ain Sharif. Drama turut menampilkan pelakon handalan seperti Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf, Nadia Brian dan Sophia Albarakbah.

Drama Lelaki Itu memaparkan kisah Syed Mirza lakonan Adi berkahwin dengan Sharifah Qaidah dibawa Sarimah, iaitu wanita kaya berpengaruh. Mereka dikurniakan tiga anak perempuan.



Namun, kehidupan rumah tangga mereka tidak seperti diidamkan. Sharifah Qaidah berkelakuan seperti ketua keluarga dengan statusnya yang tinggi. Ini membuatkan Syed Mirza rasa terkongkong. Perpecahan yang berlaku dalam keluarga Qaidah semakin ketara selepas kematian Syed Mirza.

Bagi peminat yang terlepas episod drama ini, teruskan strim Lelaki Itu secara eksklusif dalam HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my dan muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, X, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram (IG) rasmi Drama Sangat, iaitu @dramasangat. BH

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular



Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker