Daging babi diikrar sayur sejuk beku dirampas Kastam

Daging babi diikrar sayur sejuk beku dirampas Kastam

IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak merampas sebanyak 23,121 kilogram (kg) daging anak babi sejuk beku dianggarkan bernilai RM1,040,472 dalam serbuan di Pelabuhan Klang pada 9 Mei lepas.

Pengarah JKDM Perak, Abdul Ghafar Mohamad, berkata dalam serbuan itu pemeriksaan telah dilakukan ke atas sebuah kontena dari Vietnam yang diikrarkan sebagai sayur sejuk beku.



“Serbuan dilakukan sekitar 12 tengah hari oleh Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Ipoh, Perak itu turut melibatkan pemeriksaan terhadap seorang individu dipercayai ejen kepada syarikat pengimport serta sebuah kontena.

“Hasil pemeriksaan, pasukan menemukan daging anak babi sejuk beku dalam kontena terbabit dan didapati tidak sama seperti yang diikrarkan di dalam Borang Kastam 1,” katanya dalam sidang media di Pejabat JKDM Perak hari ini.

Abdul Ghafar berkata pemeriksaan lanjut mendapati semua kotak yang berisi daging babi sejuk beku itu turut tidak memiliki pelekat sah daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis).

“Selain itu, pihak pengimport juga tidak mempunyai permit yang sah daripada Maqis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk mengimport daging berkenaan ke Malaysia,” katanya.



Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 133 Akta Kastam 1967 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

“JKDM menyeru orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol JKDM 1-800-8855 atau pejabat JKDM terdekat di semua negeri,” katanya.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Amy keterlaluan – Din Search

Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular



Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam

Muaz dilarang masuk Singapura?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker