Sarawak selidik kanji jadi beras

Sarawak selidik kanji jadi beras

Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi, kata Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Bagaimanapun, beliau berkata, tidak akan terlalu cepat untuk penyelidikan itu menghasilkan keputusan pasti yang boleh menentukan kebolehlaksanaan untuk ia dikomersialkan.



“Belum lagi (di peringkat komersial). Ia masih dalam peringkat penyelidikan makmal tetapi ia adalah satu kejayaan di mana mereka mendapati bahawa salah satu produk yang boleh dihasilkan daripada kanji sagu ini ialah menukarkannya menjadi beras,” katanya pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin.

Terdahulu ketika menggulung perbahasan untuk kementeriannya, beliau berkata, penyelidikan itu dijalankan oleh sebuah syarikat milik kerajaan negeri, CRAUN Research Sdn Bhd, dengan hasrat untuk mempelbagaikan produk sagu dan menyediakan peluang untuk menangani isu keselamatan makanan.

“Nasi sebagai makanan ruji kita kini boleh dirumus menggunakan kanji daripada sagu. Jika anda tidak mempunyai deria rasa yang tajam, anda tidak akan dapat bezakan antara nasi biasa dan nasi kanji sagu,” katanya. Sinar

Sarawak selidik kanji jadi beras



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Amy keterlaluan – Din Search



Nenek kecewa Syasya ‘berhenti’ ketika popular

Saya terluka sebab dia – Yusof Haslam



Muaz dilarang masuk Singapura?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker