Tiada tindakan terhadap Ketua Pemuda UMNO – Menteri
KUALA LUMPUR: Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri tidak membincangkan untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh atas kelantangannya terhadap kontroversi KK Mart berkait stoking tertera perkataan “Allah”.
Selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memberi amaran semalam supaya tidak mengambil kesempatan atas isu itu, Akmal dilaporkan berkata Agong tidak berkata secara terang-terangan bahawa boikot patut dihentikan.
Fahmi memberitahu pemberita hari ini, ketika Jemaah Menteri membincangkan tindakan terhadap mereka yang melanggar titah raja dan terus memanjangkan isu itu, tiada perbincangan khusus mengenai mana-mana individu ketika mesyuarat semalam.
“Kita tidak bincang khusus mengenai mana-mana satu individu, tapi ia adalah secara umum kepada semua,” kata menteri komunikasi itu ketika disoal sama ada Jemaah Menteri mempertimbangkan untuk mengambil sebarang tindakan terhadap Akmal.
“Saya berpandangan kita perlu junjung titah Tuanku untuk…meredakan keadaan dan tidak menghasut rakyat.
“Jadi kalau mengingkari titah Tuanku, maka ada padahnya lah.”
Disoal mengenai tindakan sedang dipertimbangkan Jemaah Menteri terhadap mereka yang masih membangkitkan isu itu, Fahmi berkata ia diambil berlandaskan undang-undang”.
“Ada sejumlah akta yang boleh dikuatkuasakan. Jadi kita ikut saluran undang-undang,” katanya.
Sultan Ibrahim semalam menitahkan semua pihak berhenti mengambil kesempatan atas isu itu, termasuk menghasut orang awam, selepas berkenan menerima pengasas KK Mart, Chai Kee Kan, menghadap baginda.
Itu adalah kenyataan kedua baginda dalam tempoh seminggu selepas sebelumnya menegaskan isu itu seharusnya diselesaikan pihak berkuasa, dengan menekankan bahawa kemarahan berlarutan tidak menguntungkan sesiapa.
Kontroversi itu tercetus selepas gambar disebarkan di media sosial menunjukkan stoking tertera kalimah “Allah” dijual di KK Mart di Bandar Sunway pada 13 Mac lalu.
Syarikat itu kemudian memohon maaf manakala Chai dan seorang pengarah KK Mart didakwa atas tuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking berkenaan.
Tiga pegawai Xin Jian Chang Sdn Bhd yang membekalkan stoking itu kepada KK Mart turut didakwa.
Selain itu tiga premis KK Mart diserang bom petrol yang turut dikecam Akmal.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Pemain EPL Dikesan Memiliki Darah Malaysia
- Apandi sahkan tidak dirujuk batal rayuan isu Batu Puteh
- Gelombang Lailatulqadar sama seperti Kaabah
- Najib mohon jalani tahanan rumah
- Jamal Abdillah jual daging lembu
- Jaafar Onn meninggal dunia
- Saya Panglima UMNO Sabah, takkan berundur dan kekal bertanding dalam PRN – Bung Moktar
- Kereta Satria ‘terbang’ berjaya diturunkan [VIDEO]
- ‘Spiderboy’ keluar ikut tingkap ketika van sekolah sedang bergerak [VIDEO]
- Menteri mahu MCMC ambil tindakan terhadap Aliff Syukri
- Mufti Perlis disanggah Ustaz Ali Muda
- Aliff Syukri Hina Ramadhan – Netizen
- Diva AA tuntut bayaran dan permohonan maaf penganjur Fiesta Raya Baling
- Geng RXZ lagak samseng, patahkan palang tol untuk lalu
- Wang dalam akaun bank isteri Zahid lesap
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir
You must be logged in to post a comment.