Sampai tertidur tunggu pelanggan
Pelanggan lebih suka membeli 'online' yang ternyata jauh lebih murah.
Sampai tertidur tunggu pelanggan
Kuala Lumpur: Selepas bertahun ‘dihurung semut’, kali ini, suasana bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) umpama ‘dilanggar garuda’ tanpa pembeli walaupun Aidilfitri hanya berbaki kurang seminggu.
Tinjauan Harian Metro mendapati, sebahagian besar peniaga mengakui perniagaan mereka tidak mendapat sambutan.
Peniaga pakaian raya, Fitri Suraya Muhammad Hafidz, 31, berkata, dia berdepan kerugian selepas hasil jualannya merudum lebih 50 peratus berbanding tahun sebelum ini.
“Jualan baju raya tahun ini sangat teruk. Setakat ini, hasil jualan hanya mampu untuk membayar sewa tapak sahaja.
“Mereka (pelanggan) datang untuk tengok baju sebelum keluar tanpa membeli.
“Saya rasa, satu daripada faktor jualan tidak memberangsangkan ialah ramai yang menjual baju raya menerusi aplikasi Tiktok,” katanya.
Fitri Suraya yang membantu perniagaan keluarga bersama bapa saudaranya, Khairul Azmal, 66, berkata, sebahagian besar pengunjung hanya datang untuk merasai suasana bazar Aidilfitri sahaja.
“Oleh sebab itu, kami terpaksa melelong pakaian raya namun tetap tiada sambutan.
“Malah ada dalam kalangan peniaga tertidur kerana ketiadaan pelanggan,” katanya.
Bagi peniaga baju Melayu dan kurta, Muhammad Danny Hakim Razali, 23, pengunjung ramai pada sebelah malam namun jualannya tetap merosot sehingga lebih 30 peratus.
“Saya yakin ramai yang beli secara atas talian, ia lebih mudah berbanding perlu menempuh kesesakan jalan raya.
“Jualan tahun ini sangat teruk malah kami masih mempunyai lambakan stok baju raya,” katanya.
Peniaga baju kurung hanya ingin dikenali sebagai Aliff (bukan nama sebenar), 30-an, berkata, walaupun baju dijual mengikut trend semasa namun hasil jualan masih teruk.
“Pelanggan datang hanya untuk buat tinjauan harga sahaja, mereka kemudiannya akan beli secara atas talian,” katanya.
Sementara itu, pelanggan, Nuranisah Hani Azmy, 23, berkata kesemua ahli keluarganya membeli pakaian raya secara atas talian.
“Harga pakaian raya dibeli secara atas talian lebih murah berbanding di bazar Aidilfitri. Keluarga saya membeli 10 pasang pakaian raya dan kesemuanya melalui atas talian.
“Kenapa mahu bazirkan wang membeli pakaian raya yang mahal, sedangkan saya boleh dapat yang lebih murah,” katanya.
Bagi pelatih industri, Dania Zulaikha Mohamad Zaki, 21, harga pakaian raya yang ditawarkan di bazar Aidilfitri tidak masuk akal.
“Saya memang pernah ke bazar Aidilfitri tetapi, kualiti pakaian rayanya tidak setanding dengan harga yang ditawarkan.
“Selain mahal, rekaan pakaian berkenaan juga tidak memuaskan,” katanya.
Fatin Nurul Najihah Muhammad Roslan, 24, juga bersetuju bahawa harga jualan atas talian kira-kira 50 peratus lebih murah berbanding di bazar Aidilfitri.
“Saya beli baju raya atas talian pada harga RM56 berbanding fesyen sama di bazar Aidilfitri yang berharga lebih RM100,” katanya. BH
Sampai tertidur tunggu pelanggan
Baca Artikel Menarik:
- Pemain EPL Dikesan Memiliki Darah Malaysia
- Apandi sahkan tidak dirujuk batal rayuan isu Batu Puteh
- Gelombang Lailatulqadar sama seperti Kaabah
- Najib mohon jalani tahanan rumah
- Jamal Abdillah jual daging lembu
- Jaafar Onn meninggal dunia
- Saya Panglima UMNO Sabah, takkan berundur dan kekal bertanding dalam PRN – Bung Moktar
- Kereta Satria ‘terbang’ berjaya diturunkan [VIDEO]
- ‘Spiderboy’ keluar ikut tingkap ketika van sekolah sedang bergerak [VIDEO]
- Menteri mahu MCMC ambil tindakan terhadap Aliff Syukri
- Mufti Perlis disanggah Ustaz Ali Muda
- Aliff Syukri Hina Ramadhan – Netizen
- Diva AA tuntut bayaran dan permohonan maaf penganjur Fiesta Raya Baling
- Geng RXZ lagak samseng, patahkan palang tol untuk lalu
- Wang dalam akaun bank isteri Zahid lesap
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir