Peguam LGBT bidas SKMM jadi ‘polis moral’ terhadap Aliff Syukri

Seorang ahli persatuan Justice for Sisters berkata Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) tidak wajar bersikap seperti polis moral dalam isu membabitkan klip video yang dihasilkan usahawan kosmetik, Aliff Syukri.

Thilaga berkata pihak berkuasa tidak sepatutnya mengambil tindakan terhadap Aliff hanya kerana majoriti kurang senang dengan klip video berkenaan.

“Kita tidak boleh menghukum disebabkan suara-suara majoriti yang tidak selesa sebaliknya kita perlu ada alasan yang kukuh terhadap isu yang dibawa olehnya.



“Ia bukan suatu benda yang harus dihukum secara undang-undang atau harus disiasat melalui proses perundangan,” menurut laporan Malaysiakini

Aliff baru-baru ini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menghasilkan klip lagu raya terbaru berjudul‘Love Raya’.

Klip video tersebut dimuat naik di media sosial miliknya dan mendapat kecaman ramai kerana memaparkan sekumpulan lelaki berperwatakan lembut menari dalam gaya tidak sopan.

Kelmarin, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil meminta MCMC mengambil tindakan bersesuaian berhubung sedutan klip video tersebut.



Fahmi berkata dia mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial yang meminta tindakan diambil terhadap usahawan itu.

Semalam Fahmi berkata MCMC sudah merampas telefon bimbit milik Aliff Syukri untuk disiasat.

Harian Metro melaporkan turut disita ialah kad SIM milik ahli perniagaan dan personaliti dunia hiburan itu.

Menurut Fahmi, peranti dan kad SIM berkenaan juga telah diserahkan kepada unit forensik untuk siasatan lanjut.



Mengulas lanjut, Thilaga berkata klip video tersebut meskipun mendatangkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat, namun pihak berkuasa tidak wajar mengambil tindakan selagi ia tidak melanggar undang-undang.

“Video tersebut sememangnya jijik dan menggelikan serta malu untuk ditonton tetapi masih tidak melanggar undang-undang.

“Saya rasa dalam situasi ni tindakan undang-undang atau siasatan daripada kerajaan mungkin tidak wajar dan tidak berpatutan selagi kandungan video tersebut tidak mendatangkan isu yang serius,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir



Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong



Wanita tikam mati lelaki ketika lakukan seks

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker